Kuala Lumpur, 14 Mac- Ahli Parlimen (BN) Lipis, Dato Dr Mohamad
Shahrum bin Osman kecewa dengan sikap Ahli-Ahli Parlimen dari pakatan
pembangkang yang sengaja menimbulkan kekecohan ketika Menteri Luar, Datuk Seri
Anifah Aman ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang mahu
tahu sumbangan yang telah diusahakan kerajaan Malaysia terhadap Palestin selama
ini, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi tadi.
“Apa yang mendukacitakan kita ialah pihak pembangkang terutamanya
Lembah pantai, Nurul Izzah Anwar langsung tidak mahu mendengar jawapan yang
diberikan itu dan bertindak menganggu dewan supaya jawapan-jawapan itu tidak
didengari dan menggunakan peraturan dewan untuk menyebabkan YB Menteri tidak
dapat menjawab.
Bagi saya, ini satu tindakan yang agak biadap dan tidak
berparlimen. Jadi apa yang lebih penting ialah perkara ini jelas bahawa apa
yang dikeluar Wall Street Journal memang jelas, bahawa pihak Ketua Pembangkang
memang menyokong Israel,” ujarnya ketika ditemui di Parlimen pagi tadi.
Tambahnya, kenyataan Anwar Ibrahim ini sangat berbeza dengan
pendirian Malaysia yang tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel
dan dasar itu jelas serta tidak berubah sejak dulu dan Malaysia juga secara
konsisten menyatakan kebimbangan serta mengutuk serangan dan pencerobohan
Israel di wilayah yang diduduki rakyat Palestin, selain penempatan haram mereka
di Tebing Barat.
“ Apa yang jelas, sepatutnya Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim)
juga menyokong Palestin yang tertindas, dan bukannya orang yang menindas, jadi
untuk menjaga keselamatan orang yang menindas ini adalah sesuatu yang pelik.
Ini mungkin ada agenda lain, di mana mungkin pihak Israel atau
pihak Yahudi memberi bantuan kewangan dan sebagainya kepada beliau dan sebab
itu beliau tidak ada pilihan, kalau dulu beliau seorang yang lantang menyokong Palestin
tapi kini berubah menyokong Israel,” tambahnya.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta rakyat menolak
pemimpin-pemimpin pembangkang kerana kita mahu membina Negara dengan lebih
cemerlang, dan membela rakyat yang tertindas, bukannya bersama kumpulan yang
bersekongkol dengan penindas untuk menganiaya rakyat Palestin dan mungkin juga
rakyat di Negara kita sendiri.
“Sebab itulah kalau kita tengok, apa sahaja yang dibuat oleh YAB
Perdana Menteri melalui bantuan-bantuan terus kepada rakyat pada Bajet 2012
yang lalu, mereka tak sokong sebenarnya kerana bantuan-bantuan ini diberikan
kepada mereka yang miskin. Mereka tidak mahu menyokong kerana pihak ini mahu
menyokong orang yang menindas,” tambahnya.
Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika menjawab
soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat
pagi tadi, Malaysia sebagai negara yang prihatin dan bersimpati terhadap nasib
malang Palestin, Malaysia telah dan akan terus memberi sokongan dari segi sosial,
politik dan ekonomi kepada Palestin.
Ini termasuk bantuan kewangan dan kemanusiaan menerusi bantuan
pembangunan semula di Gaza dan Tebing Barat. Malaysia juga beri latihan kepada
Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta bantuan yang
dihulur oleh badan-badan bukan kerajaan.





No comments:
Post a Comment