Kuala Lumpur, 13 Mac- “Mereka ini seperti tahu merenung hati orang
itu ikhlas atau tidak ketika mengumumkan melepaskan jawatan Menteri, jadi saya
kira itu sebagai satu anggapan DAP bahawa Datuk Seri Shahrizat tidak ikhlas,”
ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengulas
dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil tidak ikhlas melepas jawatan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat pada 8 April ini.
Tambahnya, dalam masa yang sama pihak pembangkang juga mendesak
Datuk Seri Shahrizat untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO dan
Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN).
“Saya teringat kepada kes Anwar Ibrahim. Anwar ini bekas banduan
sebenarnya dan dia masuk penjara. Tetapi kenapa isterinya tidak meletakkan
jawatan sebagai Presiden PKR? Itu satu perkara yang penting.
Datuk Seri Shahrizat, suaminya baru didakwa semalam. Di mahkamah,
ada proses-proses tertentu untuk dia didapati bersalah atau tidak. Jadi mengapa
kita nak memaksa Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua wanita UMNO mahupun
Pengerusi Wanita BN,” ujarnya kepada UMNO-Online ketika ditemui di Parlimen
pagi tadi.
Ujarnya, kes ini hanya melibatkan kerajaan, bukannya melibatkan
parti UMNO dan BN. Shahrizat Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita BN, dia
tidak terlibat dengan kementerian yang memberikan tender ini kepada beliau.
“Saya berpandangan pembangkang ini double standard, kalau berlaku pada pemimpin pembankang, boleh belaka
tetapi bila terjadi pada kita, tak boleh.
Banyak sebenarnya masalah DAP ini. Antaranya ialah berlaku kepada Ean
Yong Hian Wah, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang cuba dilindungi oleh
Setiausaha Politiknya, Teoh Beng Hock dan mungkin orang-orang lain yang
terlibat. Kita nak tahu apa yang berlaku tu sebenarnya,” tambahnya yang juga
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN.
Ia bukan sekadar Teoh Beng Hock membunuh diri, oleh kerana
Suruhanjaya Di Raja mengatakan Teoh Beng Hock membunuh diri tetapi ia lebih
dari itu.
“Mesti ada berlaku perkara yang tertentu, bukan hanya tekanan SPRM
kepada Teoh Beng Hock. Mesti ada cerita tertentu, kita nak tahu apa cerita
tersebut. Jangan anggap semuanya suci di kalangan pemimpin DAP ini.
Begitu juga dengan tuduhan-tuduhan antara Ramasamy dan Karpal
Singh. Seorang kata `warlord’,
seorang kata ‘god father’ antara
Ramasamy-Karpal Singh, tentu ada perkara-perkara tertentu antara mereka yang
kita perlu tahu. Oleh itu, kalau mereka kata ketelusan dan sebagainya, ini
adalah antara perkara-perkara yang tidak betul,” tambahnya.
Beliau juga menasihatkan DAP agar jangan hanya menimbulkan
cerita-cerita di pihak UMNO, BN dan kerajaan, mereka juga perlu mendedahkan
cerita-cerita di pihak mereka juga untuk pengetahuan rakyat keseluruhannya.






No comments:
Post a Comment