Kuala Lumpur, 10 Mac -- Kelab Putera
1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan bencana alam selama 10 hari
khususnya untuk mangsa banjir di sekitar Selangor dan Perak, mulai hari ini.
Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
berkata bilik gerakan tersebut dibuka di Kampung Attap di sini dan akan
beroperasi selama 24 jam dalam menghadapi kejadian banjir.
"Kita juga mempunyai beberapa pusat gerakan
yang bersiap sedia dalam menghadapi banjir antaranya di Kampung Attap bagi
Selangor dan Tapah bagi Perak," katanya pada sidang media di sini hari
ini.
Katanya seramai 200 sukarelawan terdiri daripada
40 pegawai perubatan, 50 ahli paramedik dan 110 sukarelawan akan dikerahkan
untuk membantu dalam misi bencana alam.
Menurutnya tiga tugas utama dalam misi itu ialah
menyelamat mangsa, memberi bantuan makanan, perubatan dan barang keperluan
serta mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan bencana.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut
berhubung misi bantuan itu dengan menghubungi Kelab Putera 1Malaysia di talian
bebas tol 1-300-88-1113 atau 03-2773-6004.




No comments:
Post a Comment