Pada 4 Mach lalu, Presiden Amerika Syarikat,
Barack Hussein Obama, ketika berucap pada Persidangan Dasar AIPAC di Pusat
Konvensyen mengatakan Washington terus komited mempertahankan keselamatan
Israel, walaupun negara itu melakukan penindasan ke atas penduduk Palestin.
Obama, bahkan menganggap isu keselamatan
Israel adalah suatu yang suci dan mulia atau 'sacrosanct'.
Awal daripada kenyataan Obama tersebut yang
dibuat dihadapn ribuan tokoh Zionis-Yahudi dari seluruh Amerika Syarikat dan
Israel, Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim juga membuat kenyataan yang
100 peratus sama kepada sebuah akhbar milik Yahudi.
Ketika ditemuramah dan ditanya mengenai
pendapat beliau megenai isu keselamatan Israel dalam konteks konflik
Palestin-Israel oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, Anwar dengan
bangganya berkata:
"I support all efforts to protect the
security of the state of Israel...," yang bermaksud "Saya menyokong
semua usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel..."
Apa yang disebut oleh Obama mempertahankan
negara haram Israel sememangnya telah dijangka kerana Israel adalah negara
satelit Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah.
Amerika Syarikat yang bertindak sebagai 'ayah
angkat' kepada Israel akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan negara itu
dari segenap aspek kewujudannya termasuk kewangan, subsidi, ketenteraan,
bantuan ekonomi dan sebagainya.
AIPAC pula merupakan satu badan pelobi
Zionis-Yahudi yang berpusat di washington bagi menjamin segala dasar Amerika
Syarikat terhadap Israel wajiblah menguntungkan negara itu.
Jadi apabila dikaji kenyataan Anwar yang
saling tidak tumpah dengan apa yang disebut oleh Obama maka timbul persoalan
asas dalam fikiran umat Islam di Malaysia, apakah bekas Timbalan Perdana
Menteri itu juga berkongsi pentas dengan Amerika Syarikat mempertahankan
Israel?
Jawapannya boleh dilihat daripada sikap yang
diambil oleh Anwar sendiri apabila beliau digasak bertalu-talu oleh umat Islam
di negara ini berhubung kenyataan beliau itu.
Bukan hanya beliau terlalu bongkak dan
sombong untuk memohon maaf kerana melukakann perasaan umat Islam di Malaysia,
Palestin malah diseluruh dunia, bahkan Anwar tetap mempertahankan pendirian
menyokong Israel, walaupun 'Israel menindas penduduk Palestin' seperti mana
yang disebut oleh Obama dalam ucapannya.
Yang lebih mengejutkan ialah sikap Anwar ang
menolak mentah-mentah keputusan Majlis Syura PAS yang mendesaknya menarik balik
kenyataan beliau atau menyaman WSJ jika kenyataan beliau tersebut telah
disalahertikan oleh akhbar itu.
Anwar tidak mahu menarik balik kenyataannya
mahupun menyaman WSJ.
Kini terbongkar pula dakwaan bahawa Anwar dan
pemimpin-pemimpin PKR menerima dana dan bantuan kewangan daripada badan-badan
bukan kerajaan yang berpengkalan samada di Amerika Syarikat atau Eropah.
Apakah hubungkaitnya sebuah parti yang
didaftarkan di negara ini dengan pertubuhan-pertubuhan yang kononnya mempromasi
demokrasi, keadilan dan ketelusan.
Tidak lain tidak bukan NGO-NGO ini adalah
pertubuhan yang didalangi oleh gerakan Zionis antarabangsa untuk melemahkan negara-negara
Islam seperti Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai demokrasi ala Barat.
Pertubuhan yang melimpah ruah dengan dana ini dengan mudahnya sekali
menyalurkan bantuan kewangan untuk mendokong aktiviti-aktiviti mana-mana
organisasi di negara ini untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka.
PKR adalah antara penerima dana-dana tersebut
sejak ia bergerak aktif pada 1998.
Oleh sebab itulah mantan Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad mengatakan tujuan dana yang diterima oleh PKR dan
parti-parti politik pembangkang adalah dengan matlamat untuk menjatuhkan
kerajaan.
Agenda menjatuhkan kerajaan bererti rancangan
untuk membinasakan sistem politik negara yang berteraskan kepada dominasi
politik bangsa Melayu dengan Islam sebagai asasnya.
Nyata kenyataan Obama dan Anwar berhubung
Israel merupakan skrip lumrah yang mesti diucapkan oleh mana-mana tokoh yang
pro-Israel apabila memperkatakan tentang isu keselamatannya.
"...support all efforts to protect the
security of the State of Israel" adalah mantra suci yang mesti dilafazkan
samada oleh Obama atau Anwar atau mana-mana individu yang tergolong dalam
kategori 'friend of the West'.





No comments:
Post a Comment