By sahabat gunung On 7:37 AM | Categorized As | With 0 comments


Johor Bahru, 10 Mac- Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Wanita UMNO memperhebatkan lagi gerak kerja mereka bagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara amnya sayap itu telah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang, mereka perlu memperkukuhkan lagi jentera dengan turun ke bawah menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat.

“Peranan yang dimainkan oleh Wanita UMNO adalah amat penting, dan setiap kali pilihan raya umum mereka adalah ‘frontline’ (barisan hadapan).

“Kita berharap dengan sokongan Wanita UMNO, kita akan mencapai kemenangan lebih besar,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Jelajah 1Malaysia Wanita UMNO di Kem Bina Negara Gunung Pulai yang turut dihadiri Ketua pergerakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: