By sahabat gunung On 1:40 PM | Categorized As , | With 0 comments
Bachok, 7 April -- Jenterapilihan raya Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan gerakan penerangansecara besar-besaran bagi memperjelaskan isu semasa kepada rakyat, kata TimbalanPengerusi BN Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata gerakan itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat
akan melibatkan semua parti komponen BN.

"Kita akan bergerak sebagai satu keluarga besar sebagaimanayang diputuskan pada mesyuarat BN Kelantan yang dipengerusikan Datuk SeriMustapa Mohamed semalam," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasanpeti undi Melawi di sini hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata antara isuyang akan diberi tumpuan termasuk kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PASmembekalkan air bersih kepada rakyat, ketidakadilan projek Ladang Rakyat danpenggadaian tanah rizab Melayu.

Katanya data mengenai perkara-perkara tersebut sedang dikumpulkanoleh satu jawatankuasa khas yangdijangka disiapkan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata jumlah bantuan kerajaan pusat kepada kerajaannegeri Kelantan termasuk yang melibatkan Majlis Daerah juga sedang dikumpulkandatanya untuk dinilaikan oleh rakyat.

Awang Adek berkata ramai tidak mengetahui bahawa kerajaan pusattelah menyalurkan peruntukan jutaan ringgit kepada setiap Majlis Daerahpada setiap tahun termasuk untuk projek pembangunan dan membayar gaji penjawatawam.

"Ini termasuk membayar gaji kakitangan profesional,"katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Ketua UMNOBahagian Bachok.

Beliau berkata pendedahan itu penting untuk menghakis tuduhan liaryang dilemparkan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan pusatmenganaktirikan Kelantan selama ini.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: