Batu Pahat, 7 April (Bernama) -– Orang ramai di sekitar Jalan
Ibrahim di sini menjadi teruja apabila
Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tinjauan mesra ke kawasan itu hari ini.
Perdana Menteri tiba pada pukul 9.15 pagi dan mengambil sarapan
berupa kopi o, nasi lemak dan roti bakar di kopitiam Chop Tong Ah.
Beliau antara lain diiringi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani
Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Anggota Parlimen Batu Pahat,
Dr Puad Zakarshi, Anggota Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob.
Orang ramai turut bersalaman, mengambil gambar atau melihat Najib
secara dekat.
Selepas bersarapan, Perdana Menteri dan rombongan meninjau sekitar
kawasan pasar dan beramah mesra dengan para peniaga dan orang ramai.
Beliau turut melawat beberapa buah kedai berhampiran.
Selepas kira-kira 45 minit membuat tinjauan mesra, Najib bertolak
ke program "Jelajah Janji
Ditepati" di Stadium Batu Pahat.




No comments:
Post a Comment