By sahabat gunung On 12:27 AM | Categorized As , | With 0 comments
TEMERLOH, 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akanmemangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepasberakhirnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagaisenator yang menjawat jawatan berkenaan, esok.


Mengumumkan perkara berkenaan pada majlis Pelancaran ProgramKarisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turutdihadiri Shahrizat, Perdana Menteri juga memberikan setinggi-tinggi penghargaankepada sumbangan Shahrizat sepanjang beliau menjawat jawatan berkenaan.

“Program ini merupakan program penutup kepada Shahrizat, bagipihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atassumbangan yang diberikan,” katanya pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 orangdi Dataran Tok Gajah, di sini, petang ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan MenteriBesar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteriapabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation(NFCorp).

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan beliau akan memangkujawatan berkenaan sehingga pada satu tarikh tertentu.

Bagaimanapun, Shahrizat masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Najib berkata Shahrizat juga telah berjanji kepadanya untuk terusmemberikan khidmat terbaik sebagai Ketua Wanita Umno.

“Shahrizat dah janji pada saya, sebagai Ketua Wanita Umno untukmenjamin kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Ketika berucap pada majlis berkenaan juga, Najib turut meminta semua pimpinan parti dankerajaan supaya terus menyelami hati dan nurani rakyat.

“Saya berani katakan rakyat semakin memihak pada kita, semakinmenaruh rasa sayang, Shahrizat (menerusi program kementerian itu sebelum ini)tekankan perkataan sayang, kalau rakyat sokong, ianya (sokongan itu) adalahdalam minda mereka, tetapi bila rakyatsayang, ianya (sayang itu) letak di hati, bila turun ke hati, pilihannyatentulah hanyalah satu (kepada Barisan Nasional),” katanya.

Najib berkata rakyat akan dapat menilai apa yang dilakukan olehpihak kerajaan dalam usaha menambahbaik kehidupan mereka menerusi pelbagaibentuk bantuan yang disalurkan.

Katanya, rakyat juga boleh menilai janji-janji yang ditunaikankerajaan Barisan Nasional berbanding kerajaan pimpinan parti pembangkang yangternyata gagal melaksanakan sebarang janji yang mereka buat pada pilihan rayasebelum ini.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: