
Kuala Lumpur, 9 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimmenjelaskan satu usul sedang dirangka untuk dibentangkan di Parlimen untukdibahaskan bagi tujuan pembatalan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau yang menerima memorandum dari Pengerusi Gerakan MansuhkanISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh turut menyatakan bahawa dua undang-undang yangakan dibentangkan oleh kerajaan tidak akan terpakai sehingga ia dirujuk kepadarakyat.
"Apa sahaja alasan untuk kita memperkenalkan undang-undangbaru walhal sudah ada undang-undang yang cukup ketat untuk kita kawal kegiatanjenayah termasuk pengganas.
"Namun tindakan memperkenalkan undang-undang baru tidak akanterpakai sekiranya ia tidak merujuk kepada rakyat (rundingan awam),"jelasnya.
Tambahnya lagi, apa yang akan dibentangkan olehnya di Parlimennanti berkenaan pemansuhan ISA tidak memerlukan rundingan awam.
"Kita nak mansuh maka tidak memerlukan pendengaran awam,kalau kita nak pinda baru perlu rundingan awam sebab itu hak rakyat,"sambungnya lagi.
Sementara itu, Syed Ibrahim turut berharap Pakatan Rakyat dapatmengenengahkan perkara tersebut di Parlimen.
Dalam pada itu beliau turut menyatakan sehingga sekarang GMImahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang lain tidak menerima apa-apa maklumatdari kerajaan mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubungpemansuhan ISA.
"Pada sesi Parlimen yang lepas Najib telah menyatakan bahawausul untuk memansuhkan ISA hanya akan dibentangkan pada Mac 2012 iaitu sesiParlimen kali ini.
"Namun sehingga kini kita tidak mendapat apa-apa maklumatdari Najib berhubung perkara tersebut termasuk juga rundingan awam tentang duaakta penganti ISA, apatah lagi untuk pemansuhan ISA," katanya.
Sebelum itu, GMI turut menyerahkan memorandum kepada KetuaPembangkang untuk diberikan kepada Perdana Menteri yang menuntut tujuh perkaradalam janji Najib terhadap memansuhkan ISA.
Malah GMI akan meneruskan desakan sehinggalah Perdana Menteri danMenteri Dalam Negeri mengotakan janji untuk memansuhkan ISA.




No comments:
Post a Comment