By sahabat gunung On 8:50 PM | Categorized As , | With 0 comments
Klang, 8 April -- Kerajaan Selangor akan memohon peruntukan berjumlahRM1 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk program mencegah banjir.

Menyatakan demikian, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimberkata permohonan itu dibuat kerana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bertanggungjawabmelaksanakan kerja-kerja pencegahan banjir terletak di bawah kerajaanPersekutuan.

Hanya JPS yang boleh membina kolam takungan air, kata Abdul Khalidpada sidang media selepas menyampaikan bantuan bencana banjir kilat Fasa 1daerah Klang di sini, hari ini.

Menteri Besar berkata beliau telah dimaklumkan oleh JPS bahawa RM1bilion diperlukan untuk mengatasi masalah banjir di Klang.

"Unit Perancang Ekonomi negeri Selangor (UPEN) dan JabatanPengairan dan Saliran (JPS) telah sediakan kertas kerja dan saya akankemukakannya kepada exco kerajaan negeri dalam tempoh dua minggu lagi.
"Selepas itu, saya akan menulis kepada Unit Perancang Ekonomi(EPU) untuk terangkan mengenai perlunya Kerajaan Persekutuan memberi keutamaanmenyelesaikan masalah banjir bukan sahaja di Klang tetapi juga (di kawasanlain) di Selangor," katanya.

Sebanyak 1,318 keluarga di bandar Klang yang terjejas akibatbanjir kilat pada bulan lepas masing-masing menerima bantuan berjumlah RM500daripada kerajaan negeri.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: