By sahabat gunung On 10:57 AM | Categorized As | With 11 comments
Kerajaan Selangor bertegas akan meneruskan pembinaan pasaraya Carrefour di Kota Damansara, walaupun persatuan penduduk dan PIBG sekolah terus-menerus membantah pembinaan projek Carrefour ini.

Aku akui, sebab aku sendiri pun duduk di Kota Damansara (Apartmen Tainia), yang jauhnya tak sampai 2km pun dari rumah aku bahawa projek ini adalah terlalu hampir dengan sekolah dan dikelilingi dengan kediaman penduduk.

Kalau nak katakan pembinaan ini mendesak untuk kebaikan rakyat dan penduduk Kota Damansara, aku tak rasa penting sebab dalam jarak tak sampai 5km pun, sekarang nie dah ada Giant.

Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, (Utusan Kota, mukasurat 22), Utusan melaporkan kerajaan Negeri membenarkan pembinaan Carrefour ini selepas hasil kajian Merdeka Centre mendapati lebih separuh penduduk Kota Damansara tidak membantah projek berkenaan.

Menurut kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat MB Selangor, kerajaan negeri telah buat kajian dengan mengambil kira pelbagai pandangan pelbagai pihak sebelum membenarkan projek ini diteruskan. Apa yang jelas, kerajaan Pakatan Rakyat tidak mempunyai apa-apa sebab untuk menolak projek ini daripada diteruskan memandangkan ia telah mematuhi segala terma-terma yang sepatutnya ada dalam pembinaan sebuah pasar raya.

Tahniah buat kerajaan Selangor hari ini, kerana yakin projek ini yang diusahakan oleh kerajaan BN Selangor sebelum ini terbukti mematuhi segala terma dan syarat yang diperlukan…. Oleh yang demikian, lepas ini jangan ada suara-suara sumbang lagi kononnya projek ini projek kroni kerajaan BN Selangor sebagaimana yang mereka uar-uarkan ketika baru mengambil alih pentadbiran kerajaan Selangor, Mac tahun lalu.

Tapi kini, penduduk dan rakyat menolak projek ini, pada aku sebagai penduduk di Kota Damansara ini memohon agar kerajaan Prihatin Pakatan Rakyat untuk menghentikan pembinaan projek ini demi kesejahteraan rakyat, atau kalau nak diteruskan pun ….carilah lokasi lain yang lebih sesuai berbanding di Seksyen 11, yang ternyata menganggu pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Rendah Seksyen 11, Kota Damansara.

Janganlah kerana keuntungan yang tidak seberapa, digadaikan masa depan anak-anak ini… Lebih baik kawasan tersebut didirikan Balai Polis, Balai Bomba, Perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain yang lebih bermakna buat penduduk Kota Damansara.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

11 comments:

mn said...

Salam Bro,

1. Jangan lebih sudu dari kuah. Pasar raya banyak tetapi pembeli kurang lebih2 lagi ketika ekonomi sekarang tidak sihat.

2. T.kasih kerana sudi menjengok blog saya.

3. Selamat Maju Jaya bro.

Hasnah said...

pendapat sy lak.. car4 nie xbagus lagsug la nak bina dekat kawasan sekolah nie sbb yea nti budak2 sek nie pas abis sek suke melepak lak kat car4 tu. If ditambah lagi dlm tu ada CC & permainan video game.. alamat yea bdak2 sekolah awal2 lagi dah serong sek.. xbagus la kan kot gitu..

Maaf sekiranya pendapat sy nie mendtgkan ketidakpuasan hati kpd pembaca.

Sekadar pendapat sy sahaja. tidak bpihak di mane2 pihak okey =) Peace.

sahabat gunung said...

Terima kasih kerana sudi menjengok blog saya.

Inilah masalahnya kat Seksyen 11, Kota Damansara nie.

DrSam said...

salam,
didalam sesuatu urusniaga, asas kejayaan bergantung kepada 'supply and demand'. Tapi di Bolehland ni tidak begitu. Ada cacing disebalik batu. Memang hairan bt ajaib, pasaraya Giant baru je beroperasi kat situ. Saya pun baru sempat singgah dua kali aja dan lot kedai pun ada yang tidak diisi lagi.

Suara rakyat marhain di Bolehland memang tidak laku dan macam tidak bernilai langsung.

amieiezam said...

apa kata YB di situ...dengar kata nak letak jawatan kalau hak rakyat diketepikan. udah la jalan situ jem.. tambah satu lagi....lagi la jem nanti.. yer la MB tak membeli belah disitu

singamaraja said...

Auuum !

Nan ti jika ada persaingan makanya harganya nanti luntur ! kan sekarang harga barang melambung

SAYANG SARAWAK said...

Salam persahabatan,
kita di sarawak sentiasa menanti pasaraya besar membuka cawangan di sini..namun karenah birokrasi dan mungkin campurtangan "halimunan" menyebabkannya tidak kesampaian..

YAYAN said...

pa kabar ne..

YAYAN said...

wow.. moderenisasi sampai kpnpun akan ada pertentangan ya..smoga

Bintang Ati said...

Hi..selamat bekenalan la..Thanks cos you add me in !! come and visit la k

The Story Teller said...

Salam bro

Saya pun penduduk di Seksyen 11 juga

adala... sebuah rumah kecil di D'Villa, Jalan Kenyalang, Seksyen 11 he he...

Masalah Carrefour tu memang kita rakyat yang kecil hina dinner ni dah kena main dengan pihak pihak Berkuasa

Apa kita boleh buat?

'Wakil kita' (WAKIL RAKYAT) pun tak boleh nak buat apa

Kesian kita, dah lah jalan di Seksyen 11 ni makin jem akibat orang luar yang suka nak short cut, budak gi sekolah rendah pun dalam bahay kalau melintas tambah lagi dengan bahaya social akibat adanya komplex membeli belah Carrefour, Giant tu sebab dia atas bukit dan jauh tak apa la...

Habis kawasan Melayu kena