By sahabat gunung On 10:52 AM | Categorized As | With 1 comments




Aku terlewat nak update pasal sekumpulan penduduk Kota Damansara yang buat protes untuk menghentikan pembinaan pasarara Carrefour yang bakal dibuat dekat rumah aku.

Peristiwa nie berlaku Ahad lalu, masa tu aku on the way nak ke Bukit Beruntung dari rumah aku di Kota Damansara, aku terjumpa kira-kira 50 penduduk Kota Damansara yang berhimpun di tapak projek pasar raya Carrefour untuk membantah penerusan projek berkenaan yang dikatakan boleh menjejas kehidupan harian mereka.

Perhimpunan secara aman itu kira-kira 2 petang disertai oleh penduduk Gugusan Dedap, D'Villa Avenue, D'Villa Botany, D'Villa Equestrian, Bayu Damansara dan persatuan The Friends of Kota Damasara.

Mereka turut membawa sepanduk bantahan.

ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berkata para penduduk merasa kesal kerana projek berkenaan dibenar untuk diteruskan.

Baca seterusnya di www.sahabatgunung9506.blogspot.com . Terima kasih

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

1 comment:

Zahari Ismail said...

bang tq kerana follow...saya dulu penah duduk dedap...