By sahabat gunung On 6:41 PM | Categorized As | With 0 comments

Pekan, 11 Mac - Rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang dilihat mampu untuk mengurus tadbir negara dengan cekap demi kelangsungan kesejahteraan dan kemakmuran, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata memilih sebuah kerajaan yang mampu mengurus tadbir negara adalah penting kerana rakyat pada akhirnya juga yang akan menerima manfaatnya.
"(Memilih kerajaan) Bukan setakat pandai bersyarah sahajaatau gantung 'bulan' paling tinggi, tetapi kelebihan urus tadbir negara dan agensi, baru boleh jana kekayaan, bila dah berjaya, wajib bantu rakyat dan orang ramai," katanya ketika berucappada majlis pelancaran Vitamin 1Malaysia dan penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 di Dataran Pekan, di sini, hari ini.


Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Dr Shamsul Anuar Sulaiman.

Najib berkata ungkapan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan perlu diterjemahkan dalam bentuk realiti supaya boleh dirasai dan dimanfaatkanoleh rakyat.
"Kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi dan kerajaanserta pentadbiran yang berasaskan kepadaKPI (indeks prestasi utama) maka kita berjaya merangsang dan memacu ekonomiyang baik iaitu pada kadar pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata pencapaian itu perlu dilihat sebagai satu pencapaian yang amat baik ketika negara dan dunia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Kita juga telah dapat mengembangkan ekonomi sebanyak RM1.3trilion pada tahun lepas, satu rekodyang belum pernah dicapai sebelum ini, juga pelaburan tambahan sebanyak RM1.5 bilion,"katanya.

Perdana Menteri berkata kesan tadbir urus yang cekap jugamembolehkan pelbagai agensi kerajaan mendapat keuntungan sekaligus dapat mengagihkan keuntungan kepada rakyat yang memerlukan.

"Contohnya 1MDB, bila dapat untung kita bentuk yayasan dankita bagi pada rakyat yang memerlukan bantuan, seperti nelayan, kita bagi bantuan menerusi program Ihsan Samudera.
"Belum pernah dalam sejarah kita bagi pelbagai bantuan seperti yang rakyat dapat dalam sebulan dua ini macam bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, baucar buku RM200 danBantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah ada yang kata seumur hidup tak pernah pegang lima keping duitRM100, katanya.

"Justeru, ingatlah kerajaan ini untuk rakyat dan yang berbudi kepada rakyat dan kita tahu bila rakyat akan balas balik budi kepadakita," katanya.
Pada majlis itu, Najib menyampaikan bantuan vitamin kepada 7,321sekolah seluruh negara yang melibatkan 516,472 pelajar sekolah rendah yangterlibat dalam program Vitamin 1Malaysia.

Sumbangan vitamin yang diberikan itu bertujuan membantu meningkatkan tumbesaran dan kesihatan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik murid-murid.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: