By malaysianview On 8:21 AM | Categorized As , | With 0 comments

Putrajaya, 17 April- Bermula 20 Oktober 2011 sehingga hari ini (Isnin, 16 April 2012), sejumlah 70,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa melalui 3,331 operasi melibatkan 18,197 anggota penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi siri operasi tersebut, seramai 10,092 PATI dan 292 majikan telah ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan.

“Berdasarkan pecahan, 50 majikan dan 1,364 PATI telah didakwa di mahkamah, 102 majikan dan 621 PATI dikenakan kompaun dan 1,558 PATI telah diusir keluar. Sementara itu, kes bagi 30 majikan dan 3,058 PATI masih dalam siasatan, manakala baki 110 majikan dan 3,337 PATI telah dibebaskan berikutan tiada kes manakala 154 PATI adalah mangsa Anti Trafficking in Person (ATIP).

Pada masa sama, sejumlah 493 warga Afrika telah ditahan di bawah penguatkuasaan Program 6P dengan Nigeria mencatatkan statistik tertinggi (462); Uganda (13); diikuti Sudan dan Zimbabwe masing-masing (4); Botswana (3); Zambia (2); dan masing-masing satu (1) bagi D’Ivory Coast; Eritheria; Cameroon, Guinea dan Algeria,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Berdasarkan statistik operasi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendahului jumlah bilangan penguatkuasaan yang dijalankan dengan 1,118 operasi, diikuti Sabah (1,086); Johor (1,034), Negeri Sembilan (907); Pulau Pinang (874); Melaka (856); Selangor, (797); Putrajaya (791); Terengganu (658); Perak (617); Kedah (532); Sarawak (262); Kelantan (255); Perlis (252); Pahang (195); dan Wilayah Persekutuan Labuan (150).

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 132,424 PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia seramai 82,253 orang; diikuti India (10,091; Nepal, (9,271); Myanmar, (7,850); Kemboja, (5,121); Bangladesh, (4,816); Vietnam, (3,242); Pakistan, (2,707); Filipina, (2,249); Sri Lanka, (1,705); China, (1,492); dan lain-lain negara (1,627). Daripada jumlah tersebut seramai 100,133 PATI memilih jalan udara, 31,685 memilih jalan laut dan 424 PATI menggunakan jalan darat.
By malaysianview On 8:00 AM | Categorized As , | With 0 comments


Kota Damansara, 17 April- Kota Damansara hari ini dilihat sebagai `lubuk’ rumah urut di Malaysia, kerana bilangan rumah urut di sini bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Penyelaras DUN Kota Damansara, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, seluruh negara dah tahu, khususnya di peringkat negeri Selangor dah tahu, bilangan rumah urut di Kota Damansara ini telah berlipat tiga empat kali ganda daripada jumlah yang ada dulu.

“Pertambahan ini menyebabkan setiap kawasan perumahan dan perniagaan baru di sini, rumah urut ini berleluasa sehinggakan setiap lorong kedai, ada sehingga 3 hingga 4 rumah urut. Malah ada antaranya dibuat di luar specifikasi kebenaran yang sepatutnya dibuka secara terbuka.

Tapi kebanyakannya rumah urut ini dibuka di tingkat atas dan tertutup. Saya yakin pihak PBT tahu kewujudan rumah urut ini, tetapi dibiarkan. Mengapa boleh jadi begini?,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Dalam masa yang sama, masalah sampah turut menghantui bukan sahaja penduduk di Kota Damansara, malah Kg Subang yang dibawah pentadbiran MPSA dan MPPJ.

“Sampah tidak diambil secara berkala yang menimbulkan bau busuk dan pencemarab, khususnya di pekan Subang dan Kota Damansara. Ini membuktikan wujud kelemahan-kelemahan dan sikap tidak ambil peduli pihak-pihak berkuasa yang sepatutnya mengambil peranan pro-aktif unguk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan DUN Kota Damansara.

Malah di Kota Damansara hari ini,  wujud gerai yang menjual burger babi di Damansara dan kawasan sekitar. kawasan yang dinamakan The Strand, yang selama ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya rasa pelik, bagaimana pihak PBT boleh terlepas pandang dengan perkara-perkara yang sensitif sebegini,” tambahnya.

Tambahnya, jika dulu Kota Damansara ini merupakan satu kawasan pembangunan elit yang bersepadu, yang memberi kesejahteraan kepada semua penduduknya tetapi pada hari ini telah bertukar menjadi bandar satelit kancah maksiat yang begitu ketara.
By malaysianview On 7:49 AM | Categorized As , | With 0 comments


Kuala Lumpur, 17 April – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin meminta agar para pelajar yang terlibat dengan demonstrasi menghapuskan PTPTN baru-baru ini supaya menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah untuk menilai baik atau buruknya tindakan mereka itu.

“Jangan kita termakan dengan hasutan dan dakyah pihak tertentu sehingga kita sanggup menghina orang lain termasuk menghina Perdana Menteri dengan meletakkan kalungan bunga di gambar beliau, lalu dipanggil mendiang seolah-olah Perdana Menteri sudah mati. Ini adalah satu perbuatan yang jauh tersasar dari norma cara berfikiran orang yang mendapat pendidikan tinggi,” tegas beliau.

Tambahnya lagi,  para pelajar tersebut perlu berfikir semula yang pertamanya, adakah mereka yang terlibat dalam demostrasi itu benar-benar layak untuk menerima biasiswa dan yang keduanya, jika mereka tidak layak untuk menerima biasiswa, adakah mereka itu mampu untuk masuk ke universiti dengan kos tanggungan mereka sendiri.

“Mungkin mereka ini tahu, dan saja-saja buat tak tahu bahawa PTPTN ini diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu prasarana untuk memudahkan mana-mana pelajar  di negara ini yang tidak layak mendapat biasiswa dan tidak berkemampuan untuk masuk ke universiti.

“Dengan kemudahan ini, maka pelajar-pelajar tidak lagi pening-pening untuk memikirkan di mana mahu mencari sumber kewangan bagi menampung pelajaran mereka di IPTA-IPTA seluruh negara. Cuba perhatikan negara-negara lain, mana ada kemudahan bantuan kewangan seperti ini. Malah negara moden yang dianggap hebat seperti Amerika sendiri pun tidak ada skim seperti ini,” tegas beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Jelasnya lagi, pelajar-pelajar di negara ini sepatutnya bersyukur dan menggunakan peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh agar lulus dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik.

“Selepas itu, kita boleh menggunakan gaji yang kita terima itu untuk membayar balik pinjaman tersebut untuk memberi peluang kepada adik-adik kita menggunakan kemudahan ini untuk melanjutkan pelajaran sepertimana peluang dan kemudahan yang kita gunakan,” ujarnya.

Beliau juga menasihati para pelajar agar menggunakan akal fikiran yang waras untuk menilai baik dan buruk sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dan janganlah mudah terpengaruh dengan cara pembangkang yang cuba membangkitkan  sentimen emosi rakyat di negara ini.

Katanya lagi, masyarakat terutamanya para pelajar perlu memahami tujuan PTPTN ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau daripada kalangan keluarga yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Memang ia berbentuk pinjaman namun pinjaman tersebut tidaklah membebankan dan  syarat-syarat pembayaran semula yang dikenakan adalah amat mudah. PTPTN ini adalah skim pinjaman secara sukarela dan tidak ada paksaan ke atasnya. Jadi mana-mana pelajar yang mampu untuk meneruskan pembelajaran tanpa bantuan PTPTN, maka mereka tidak dipaksa untuk meminjam dari PTPTN.

“Malah mereka boleh mendapatkan tajaan dari sesiapa sahaja termasuk pihak pembangkang samada PKR, Pas , DAP atau pun tajaan dari Anwar Ibrahim sendiri kalau mereka mahu bantu. Dalam hal ini, tidak ada sesiapa yang memaksa mereka untuk mengambil pinjaman dari PTPTN,” ujarnya.

Sekiranya para pelajar itu tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN katanya lagi, maka mereka perlu belajar dengan bersungguh-sungguh serta  mendapat kelulusan yang cemerlang supaya pinjaman tersebut akan ditukar menjadi biasiswa yang tidak perlu dibayar balik.

Selain itu, beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang yang cuba menjadikan para pelajar sebagai alat untuk mencapai tujuan dan matlamat politik mereka.

“Semasa PTPTN diluluskan, kita perlu ingat di waktu itu Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.  Tapi sekarang ini Anwar mahu bercakap tentang penghapusan PTPTN padahal dia jugalah yang meluluskan cadangan untuk mewujudkan skim pinjaman tersebut. Tidakkah itu membuktikan bahawa politik pembangkang merupakan politik yang cakap tak serupa bikin?

“Kalau pihak pembangkang ini serius mahu menghapuskan segala hutang PTPTN, mereka boleh mulakan dengan negeri-negeri yang mereka perintah terlebih dulu. Contohnya menghapuskan hutang  pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN di Unisel, Kuis dan lain-lain.

“Apa yang mereka boleh buat ialah mendapatkan nama-nama pelajar yang meminjam dan mereka gunakan duit kerajaan negeri untuk membayar hutang-hutang pelajar tersebut. Tapi masalahnya, mereka tidak buat pun perkara itu,” tegasnya.

Soalnya lagi, bagaimana para pelajar boleh terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang kononnya akan menggunakan duit Petronas untuk membayar balik pinjaman PTPTN sedangkan mereka boleh menggunakan hasil pendapat GLC di Selangor untuk membayar balik pinjaman para pelajar, namun tidak pula mereka lakukan?

“Jika segala kewangan yang ada pada negeri-negeri yang mereka perintah hari ini pun mereka tidak gunakan untuk membayar hutang PTPTN tersebut, jadi apakah kita yakin sekiranya mereka memerintah negara, mereka akan menggunakan duit mana-mana agensi kerajaan untuk membayar balik hutang PTPTN para pelajar di negara ini? Sudah tentu tidak!

“Jadi jelas sekarang ini, segala isu yang timbul tentang PTPTN ini adalah semata-mata dakyah dan hasutan serta gimik politik mereka dengan mempergunakan para pelajar dan mahasiswa di negara ini,” tegas beliau.
By malaysianview On 12:21 AM | Categorized As , , | With 0 comments

Kluang, 15 April - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong sekalipun ada khabar angin menyatakan beliau akan bertanding di Kota Tinggi.

Dipetik Bernama, Naib Presiden Umno ini berkata, beliau mahu meneruskan tanggungjawab membela nasib masyarakat di Sembrong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lepas.

"Hari ini jelas, orang tahu saya tidak akan ke mana, tetapi kedudukan calon itu terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan.

"Penyatuan rakyat di Sembrong ini tidak datang bergolek dan kita sudah banyak melabur wang ringgit, masa, air mata dan keringat dalam beberapa tahun ini," katanya di sini hari ini.
By malaysianview On 2:25 AM | Categorized As | With 0 comments

Ipoh, 15 April - Kerajaan tidak menyekat kemahuan mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman asalkan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata antaranya mereka mesti memastikan perhimpunan tidak menyusahkan orang ramai selain perlu menyakinkan pihak polis bahawa perhimpunan yang bakal dianjur itu aman.

“Seperti Bersih, kalau mahu lakukan (perhimpunan aman), mereka (penganjur perhimpunan) perlu yakinkan pihak polis mengenai apa dan di mana mahu berhimpun (agar) tidak susahkan orang ramai. Semua pihak terikat pada syarat yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda, di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai permohonan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) semalam untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka pada 21 April ini, bagi membantah usaha pihak tertentu menjayakan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender serta seks bebas di negara ini.

Mengenai tindakan sekumpulan mahasiswa berhimpun mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di ibu negara hari ini, Hishammuddin berkata perkara itu adalah isu yang cuba dieksploitasi pihak pembangkang.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata Pergerakan Pemuda BN dan Pergerakan Puteri Umno perlu mewujudkan ‘gelombang orang muda’ di setiap negeri.

Beliau berkata masa depan negara adalah bergantung kepada tindakan golongan muda pada masa sekarang.

“Esok Perdana Menteri akan bentangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan kita pinda. Semua ini kita lakukan kerana kita (BN) mendengar dan hormati suara golongan muda di luar sana,” katanya.

Beliau juga menyifatkan pembangkang ketandusan idea apabila mahu memansuhkan pinjaman PTPTN semata-mata mahu meraih sokongan golongan muda.
By malaysianview On 12:46 AM | Categorized As , | With 0 comments

Ipoh, 14 April- Pemimpin pembangkang hari ini dilihat semakin terkapai-kapai dalam mencari isu untuk mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan dengan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemimpin Bn dan UMNO perlu sentiasa berhati-hati dan bersedia supaya tidak tersilap langkah dalam menangani kontroversi yang ditimbulkan oleh pe


“Saya tengok mereka terkapai-kapai mencari isu, sebab itu kita tidak boleh tersilap langkah kerana ia akan dieksploitasikan oleh golongan pembangkang, sekaligus merosakkan keyakinan rakyat terhadap BN. Dalam usaha kita nak bergerak ke hadapan, saya pesan kepada ahli Pemuda supaya tunjukkan kekuatan dan sokongan kita, jangan kita silap atau ikut rentak mereka.
mbangkang.

“Jangan kita cari pasal, yang penting produk yang kita ada iaitu BN sendiri merupakan produk yang baik, cuma cara sesuatu isu diekploitasi o

leh pihak pembangkang kadang-kala menyebabkan rakyat memandang serong terhadap kerajaan,” ujarnya ketika berucap melancarkan Program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri Perak di Ipoh petang tadi.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rusnah Abdul Rashid

Shirlin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Hampir 10,000 ahli pergerakan Pemuda dan Puteri BN telah membanjiri kediaman Menteri Besar dalam menjayakan program tersebut.

Tambahnya, pembangkang kini mengekploitasi pelbagai isu termasuklah Bersih 3.0 dan di pihak BN pula, kita harus menggunakan pendekatan terbaik untuk menangkis tohmahan ini.

Malah katanya, pelbagai hasutan yang disuntik oleh pemimpin pembangkang seringkali mencetuskan keadaan huru hara dan menjurus kepada amalan demonstrasi jalanan.

Dalam masa yang sama, gelombang biru dan merah jambu yang dilihat hari ini jelas menunjukkan semangat juang dan keyakinan golongan muda terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.

Hishammuddin berkata, kehadiran ribuan belia ke program itu merupakan bukti kukuh yang menunjukkan keyakinan kelompok tersebut terhadap BN semakin meningkat.

“Saya percaya gelombang yang wujud hari ini merupakan petanda positif terhadap sokongan orang muda kepada BN.

“Malah, saya percaya maklumat dasar yang diperkenalkan kerajaan yang tidak sampai ke bawah kerana diputarbelit pembangkang tidak kiralah dari segi terjemahannya atau hujahnya akan dapat diterangkan dengan lebih lengkap dengan sokongan dan bantuan ahli Pemuda dan Puteri BN,” ujarnya yang juga mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Katanya lagi, golongan belia perlu bersama-sama dengan pemimpin BN menerangkan pelbagai isu yang telah diputar belitkan oleh pembangkang yang bertujuan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

“Satu lagi perkara yang anak muda perlu ingat ialah jangan mudah diputar belit atau dikaburi dengan tuduhan dan perpecahan kebencian yang cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang yang suka mengeksploitasi politik,” tegasnya.

Tambah Hishammuddin lagi, dalam keadaan sekarang, BN sememangnya memerlukan sokongan terutamanya daripada golongan muda.

“Dalam suasana sekarang, kita memerlukan sokongan bagi melaksanakan transformasi samada dalam pentadbiran kerajaan, ekonomi atau politik. Perjumpaan hari ini merupakan satu perjumpaan yang amat bersejarah kerana ia petanda Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) telah diterima.

“Ia bukan berkisar kepada pindaan akta semata-mata tetapi lebih kita juga memerlukan suntikan semangat anak muda,” katanya.

By malaysianview On 10:39 PM | Categorized As | With 0 comments
Shah Alam, 12 April -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah properniagaanyang komited untuk memastikan ekonomi berkembang pesat dan pendapatan rakyatmeningkat agar kekayaan negara dapat diagih-agihkan dengan lebih adil dansaksama, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tidak sukar untuk Malaysia menjadinegara maju kerana ia mempunyai ramuan yang mencukupi untuk mencapainya namunyang turut menjadi keutamaan ialah untuk memastikan pendapatan rakyatmeningkat.

"Itu teras BN, teras BN supaya Malaysiamenjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika bertemuwakil-wakil persatuan penjaja Selangor di sini hari ini sempena Program LawatanNurani Rakyat BN Selangor.

"Apabila pendapatan rakyat meningkat, merekaakan menyimpan beberapa peratus daripadapendapatan mereka dan membelanjakan selebihnya, di mana ini akan merancakkan kitaran wang di dalam sistemkewangan negara yang turut akan dinikmati oleh golongan peniaga," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan membantu golonganpeniaga bukan sahaja dalam bentuk pinjaman dan kursus keusahawan tetapi jugadalam bentuk subsidi termasuk "subsidi gula yang dibancuh dalam minumanpelanggan mereka".

Beliau menjelaskan bahawa setiap tahun kerajaanmembelanjakan RM500 juta untuk subsidi gula yang dibayar kepada para pengilangbagi memastikan rakyat di negara ini termasuk para penjaja dapat membeli gulapada harga kawalan.

Katanya adalah tidak wajar pakatan pembangkangmendakwa kerajaan BN zalim dan tidak membela nasib rakyat kerana banyak subsidiyang diberikan kerajaan termasukkemudahan pinjaman untuk anak-anak muda ke universiti menerusi pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) yang berjumlah RM43 bilion.

Muhyiddin turut menyelar janji pakatan pembangkanguntuk menghapuskan PTPTN dan tol jika dapat memerintah.

"Kalau saya pinjam duit, saya dengar punseronok jugak tak payah bayar tapi kalau dibuat begitu terhentilah tabung itu,apa cerita dengan anak-anak sekarang nakbelajar ke universiti, kalau tak dapat biasiswa bapa nak dapat pinjaman daribank," katanya.

Beliau menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk SeriAnwar Ibrahim hanya bermain politik mengenai penghapusan tol serta mempersoalkansiapa yang akan membayar balik pinjaman konsesi tol untuk membina lebuh raya.

"Sebab itu kita hapuskan tol itusedikit-sedikit, mana yang kita boleh hapus, kita hapuskan mana yang kita bolehkurangkan kita kurangkan. Kalau kita nak hapuskan tol kita mungkin terpaksabelanja RM100 bilion," katanya.

Beliau berkata Anwar mendakwa akan menggunakanhasil dari Petronas untuk memberikan pendidikan tinggi percuma sedangkan banyakdaripada subsidi di negara ini adalahsumbangan Petronas.

"Jika dana Petronas diperahhabis-habisan, ini bagaikan membunuh angsa yang bertelurkan emas," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan bantuanRM10,000 bagi membantu pentadbiran 74persatuan-persatuan penjaja Melayu, Cina dan India.

Muhyiddin juga berharap kerjasama BN danpenjaja Selangor akan dipertingkatkan dan diperkukuhkan pada masa akan datang.
By malaysianview On 10:02 PM | Categorized As | With 0 comments
Shah Alam, 12 April – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata soal kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang ditimbulkan oleh pihak Dong Zong menerusi satu perhimpunan di Kajang atas dasar sudah 20 tahun sekolah-sekolah Cina diabaikan dan guru-guru tidak disediakan adalah satu pembohongan besar.

Beliau berkata para guru yang hadir pada hari ini memang mengetahui masalah kekurangan guru bukan sahaja membelenggu sekolah-sekolah Cina malah sekolah-sekolah kebangsaan terutamanya guru-guru Bahasa Inggeris.

“Bukan kementerian membiarkan masalah kekurangan guru itu berterusan kerana mengisi kekosongan jawatan-jawatan guru yang bersara mengambil masa,” katanya pada majlis perjumpaan beliau dengan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sempena lawatan beliau ke Selangor di bawah Program Nurani Rakyat Barisan Nasional Selangor di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata memandangkan ramai wanita menjadi guru, setiap tahun kira-kira 20,000 guru bersalin dan tempat mereka ini juga perlu diisi.

Mengenai dakwaan ada 1,700 kekosongan guru di sekolah Cina tidak dapat diisi, Muhyiddin berkata sebenarnya lebih 1,400 guru itu telah diisi dengan guru-guru sementara.

Beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah bagi menangani masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah Cina yang memerlukan guru yang boleh berbahasa Mandarin walaupun untuk pelajaran Bahasa Malaysia kerana khidmat mereka diperlukan untuk mengajar matapelajaran lain jika diperlukan.

Untuk itu, katanya, guru besar sekolah-sekolah Cina telah diberi kuasa untuk melantik guru-guru sementara dalam tempoh terdekat bagi mengisi kekosongan guru di sekolah-sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata daripada segi infrastruktur, masalah SRJK Tamil dan Cina tidaklah seteruk sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak di mana beliau terpaksa menggunakan helikopter untuk melawat sekolah-sekolah di sana kerana kalau melalui perjalanan darat ia akan mengambil masa empat hari untuk sampai ke sekolah-sekolah tertentu.

Beliau berkata ada antara sekolah itu sudah berumur 50 tahun dan keadaannya semakin teruk.

Menurut audit bangunan sekolah yang dijalankan oleh kementerian, terdapat 600 buah sekolah dalam keadaan daif dan perlukan perhatian.

“Kita bukan tak bagi perhatian, SRJK Cina lagi elok…sekolah kebangsaan lagi teruk sebab di pedalaman,” katanya.

Muhyiddin berkata kos membina sebuah sekolah kebangsaan di Sabah dan Sarawak adalah tinggi iaitu RM60 juta seunit kerana kos pengangkutan bahan binaan yang tinggi serta jarak yang jauh berbanding dengan sekolah kebangsaan baru di Semenanjung yang hanya menelan belanja RM20 juta.

Katanya peruntukan kerajaan bagi mengurus SRJK Cina ialah RM2.89 bilion dan bagi SRJK Tamil ialah RM1.04 bilion, di mana kebanyakan daripada peruntukan itu digunakan untuk membayar gaji.

Pada masa ini terdapat 1,294 sekolah-sekolah jenis kebangsaan di seluruh negara yang hampir 700 daripadanya ialah sekolah kurang murid, iaitu hanya 10 ke 20 orang murid dalam setiap sekolah.

Beliau berkata secara purata perbelanjaan mengurus sekolah-sekolah Cina adalah RM2.23 juta sebuah setahun manakala sekolah-sekolah Tamil pula ialah RM1.99 juta dan sekolah-sekolah kebangsaan RM2.26 juta.

Muhyiddin berharap pendidik di sekolah kedua-dua aliran itu supaya berusaha meningkatkan prestasi sekolah dan anak-anak murid mereka sehingga sekolah masing-masing mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau menyebut sebagai contoh Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai di Limbang, Sarawak, yang telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan guru besarnya menerima dana tambahan daripada kerajaan walaupun bangunan sekolah itu diperbuat daripada kayu dan mempunyai hanya 100 murid.

Justeru beliau menegaskan Kementerian Pelajaran tidak pernah menganaktirikan atau member layanan berbeza kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina atau Tamil.

“Kita tidak pernah memberi layanan berbeza hanya kerana ia sekolah Cina atau Mandarin tetapi ada persepsi pemikiran sesetengah pihak termasuk pembangkang… oh, sekolah Cina kita ketepikan, sekolah Tamil kita ketepikan, sekolah kebangsaan kita utamakan,” katanya.

Sambil menyifatkan kedua-duanya merupakan sebahagian penting dalam system pendidikan negara, beliau berkata Kementerian Pelajaran mahukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan mempamerkan prestasi yang baik dan banyak sekolah kedua-dua aliran ini setanding pencapaiannya dengan sekolah-sekolah kebangsaan.

Beliau berkata kerajaan mengutamakan sekolah kebangsaan kerana ia adalah dasar dan sistem negara tetapi sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil tidak boleh diketepikan.

“Ada orang nak mengelirukan kita, dah dekat pilihan raya, kalau jadi kerajaan sekolah jenis kebangsaan akan dipertahankan kekal terus. Sekarang di bawah BN, Sekolah Kebangsaan Tamil dan Cina jadi sebahagian penting sistem pendidikan negara, tidak boleh kita pinda dan ubah. Ini kita sudah terima sebagai warisan kita,” katanya.

Muhyiddin berkata sistem sekolah aliran Cina dan Tamil di samping sistem sekolah kebangsaan merupakan satu sistem pendidikan unik yang hanya terdapat di Malaysia dan ini memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia untuk memilih aliran mana yang ingin dipelajari.
By malaysianview On 9:56 PM | Categorized As , , | With 0 comments
Kuala Lumpur, 11 April --Mansuhkan bayaran perkhidmatan satu peratus bagi Pinjaman Tabung PendidikanTinggi Nasional (PTPTN) adalah antara perkara yang termasuk dalam resolusiPersidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi PengajianTinggi Pemuda Umno Malaysia bersama PTPTN di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata persidangan itumelibatkan 160 peserta terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), badan bukan kerajaan (NGO)serta badan perwakilan pelajar dan wakil PTPTN termasuk Pemangku KetuaEksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf.

Resolusi itu menggariskan empat aspek meliputi pinjaman, pembayaran,tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan komunikasi bagi menanganiisu yang perlu diselesaikan segera iaitu pembayaran balik PTPTN.

Khairy berkata persidangan itu setuju supaya sistem bayaran balikPTPTN dirombak dengan menetapkan paras gaji minimum peminjam RM3,000 sebagai pendapatanselesa untuk peminjam memulakan bayaran balik pinjaman.

"Penambahbaikan itu perlu berlandaskan kepada tahappendapatan yang selesa bukannya enam bulan selepas tamat belajar keranakadang-kadang pelajar mendapat pekerjaan dengan gaji yang sedikit," katanyasemasa Majlis Penutup dan Penyerahan Resolusi Persidangan Meja Bulat MahasiswaNasional.

Beliau berkata tindakan menyenarai hitam yang menyebabkankebebasan peminjam seperti urusan ke luar negara atau membuat pinjaman perludimansuhkan dan digantikan dengan kaedah lain.

"Kita faham PTPTN terpaksa menyenarai hitam tetapi inimerupakan langkah drastik kerana banyak rungutan diterima dan kita akan tampiluntuk membantu menjejaki peminjam yang belum menjelaskan pinjaman,"katanya.

Selain itu, resolusi itu turut menyatakan bahawa pinjaman bagipeminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke Semenanjung hendaklah meliputiharga tiket penerbangan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

"Saya sudah maklumkan kepada Menteri Pengajian Tinggi DatukSeri Mohamed Khaled Nordin untuk membincangkan perkara ini," katanya.

Khairy berkata resolusi itu turut mencadangkan kerajaan supayamenyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah teruskepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akaun SSPN.

"Kita perlu mendidik anak-anak menabung dari kecil supaya adatabungan untuk sambung belajar tetapi kita perlu mempromosikan lagi SSPN bagimeningkatkan kesedaran rakyat negara ini," katanya.

Resolusi itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak hari ini.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata 17 peratus peminjam yang gagalmenjelaskan pinjaman adalah disebabkan sikap tidak ambil peduli serta sambillewa mengenai perkara ini.

"Kita sedia berbincang untuk mengetahui masalah mereka dansedia menerima bayaran walaupun RM50 sebulan serta sedia menangguhkan sehinggadua tahun bagi mereka yang belum mencapai tahap gaji yang selesa,"katanya.
By malaysianview On 9:42 PM | Categorized As | With 0 comments
Kuala Lumpur, 11 April --Majlis Keselamatan Negara (MKN) malam ini hanya mengarahkan penduduk di kawasanKuala Muda menjauhi kawasan pantai bukan meminta mereka berpindah.

Pengarah MKN Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata arahan ituyang dikeluarkan oleh MKN berikutan potensi berlaku tsunami susulan gempa bumikuat di Aceh, Indonesia petang tadi telah disalah faham penduduk tempatan.

Daripada pemantauan MKN melalui satelit mendapati ramai pendudukdi kawasan itu bersama anak-anak mereka telah turun ke pantai setelah pihakberkuasa mengeluarkan "tsunami alert" (amaran tsunami) di kawasantersebut.

Tindakan penduduk kawasan itu turun ke kawasan pantaiberamai-ramai boleh membahayakan diri mereka berikutan amaran JabatanMeteorologi Malaysia yang gempa bumi tersebut berpotensi mengakibatkan berlakutsunami di kawasan pantai di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak, katanya.

Mohamed Tajudeen berkata demikian bagi mengulas laporan bahawapenduduk di situ dimaklumkan mereka telah diarahkan berpindah berikutankemungkinan tsunami akan melanda kawasan itu.

Gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter itu dilapor berlakupada pukul 4.30 petang waktu Malaysia dan gegarannya turut dirasai di beberapanegeri di Semenanjung.

Sementara itu di ALOR SETAR, imam Taman Permatang Katong, kawasanpenempatan berhampiran kawasan Kuala Muda, Shukri Ismail berkata beliaumendapat maklumat dari mulut ke mulut bahawa pihak berkuasa mengarahkan merekaberpindah selewatnya petang tadi.

Guru Sekolah Menengah Kota itu berkata beliau dimaklumkan bahawayang diarahkan berpindah termasuk penduduk Kampung Kepala Jalan, Keda, TepiSungai, Hujong Matang, Mata, Masjid dan beberapa kampung lagi.

Katanya mereka merasai gegaran selama hampir tiga minit semasasedang menunggu untuk menunaikan solat Asar di surau kampung berkenaan.

"Selepas menunaikan solat kami beramai-ramai ke tepi pantaiuntuk melihat keadan laut. Bagaimanapun ramai penduduk yang tinggal berhampiranpantai telah berpindah," katanya.

Ketika kejadian tsunami 2004, lapan penduduk kawasan itu maut.
By malaysianview On 10:30 AM | Categorized As | With 0 comments
Kota Bharu,11 April - Di sebalik Pilihan RayaUmum Ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang, ura-uramengaitkan beberapa Exco Kerajaan Negeri akan bertukar kerusi dari DewanUndangan Negeri (Dun) ke Parlimen semakin jelas kedengaran.

Malah, dikatakan exco berkenaan mulamempersiapkan diri, melakukan kerja-kerja parti lebih awal dengan menjelajahdaerah yang bakal ditandinginya, untuk menguatkan sokongan sekiranya pimpinanPusat mengesahkan pencalonan beliau.

Pemindahan kerusi ini dikaitkan dengan percaturanPakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya berjayamenawan Putrajaya dalam PRU13.

Mengulas isu tersebut, bekas PengarahStrategi Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun tidak menolak kemungkinan beberapaexco akan beralih kerusi ke parlimen dengan tujuan untuk memantapkan partisecara keseluruhan.

Menurutnya, perkara itu bukan sesuatu yangluar biasa memandangkang Pas Kelantan sebelum ini pernah melakukan perubahandengan menukar exco ke peringkat pusat.

“Oleh itu, sekiranya pertukaran ini berlaku,ia tidak mustahil, namun saya tidak tahu siapa dia, tetapi jika ada sekalipun,perubahan saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon boleh berlaku sekiranyaPas merasakan ia perlu dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ini Kerajaan Pas Kelantan mempunyaisembilan exco yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matmanakala timbalannya Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan danKebajikan Datuk Husam Musa dan Pengerusi Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanahdan Wilayah Datuk Ahmad Yakob masing-masing mempunyai jawatan di peringkat PasPusat.

Untuk rekod, bekas Timbalan Menteri BesarKelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ditukarkan ke peringkat parlimen danbertanding di Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu Abd Fatah yang juga timbalanexco Kerajaan Negeri mengakui tidak semua hal ehwal dalaman parti bolehdidedahkan kepada masyarakat walaupun ahlinya sendiri.

“Dalam isu ini, tidak semua perkara kitaboleh sebut, ada yang begitu sensitif yang melibtkan strategi untuk menawanhati rakyat, oleh itu ahli Pas harus memahami pekara ini,” katanya.
By malaysianview On 10:02 AM | Categorized As | With 0 comments
Kuala Lumpur, 11 April -- Sebuah pusat urut refleksologidan sebuah pub yang menawarkan layanan pelayan wanita atau GRO diserbu polisdan 13 wanita warga asing tanpa permit kerja yang sah ditahan di sini, malamtadi.

Lima daripada mereka ditahan di pusat urutrefleksologi manakala lapan lagi ditahan di pub berkenaan yang terletak dipremis berasingan.

Ketika serbuan pukul 10.30 malam di pusaturut di Bandar Mahkota Cheras itu, terdapat lima orang pelanggan berada di dalambilik urut di pusat berkenaan manakala di pub berkenaan pula terdapat lima pelanggansedang bermesra dengan pelayan wanita terbabit.

Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian danMaksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ASP Adzli Abu Shahberkata pusat urut refleksologi itu mempunyai lesen perniagaan rumah urut yangsah namun pub itu pula menjalankan kegiatan secara haram.

"Kesemua pelayan wanita warga asing itutidak mempunyai permit kerja dan menggunakan pas lawatan sosial untuk memasukinegara ini dan ketika serbuan, tiada khidmat seks diberikan kepada pelanggan.

"Polis tidak menolak kemungkinan pelayanitu menawarkan khidmat seks di luar premis dan menjalankan kegiatan tersebutsecara sendiri tanpa diatur pemilik pusat urut dan pub tersebut bagimendapatkan pendapatan yang lebih banyak," katanya kepada pemberita.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu PejabatPolis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.
By malaysianview On 10:53 PM | Categorized As | With 0 comments
Kuala Lumpur, 10 April – Timbalan Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim melihat ungkapan “kalau” yang seringkali digunapakai oleh pembangkang termasuklah dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah perkataan yang mengandungi penyakit.

Menurut beliau pembangkang yang seringkali melaungkan ‘kalau kami memerintah negara akan lebih makmur’ dan sebagainya hanyalah sekadar ungkapan untuk menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan yang ada hari ini.

“Kita menerusi kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak gunapakai perkataan ‘kalau’ ini kerana jika merasakan kita mampu beri kerajaan akan beri seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Perkataan ‘kalau’ ini cukup menarik dan enak didengar tetapi… apakah penghujungnya. Kerajaan BN tidak guna perkataan ini. Jika boleh bagi, kita bagi, dan kalau kita tidak boleh kita akan cakap tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Meja Bulat PTPTN anjuran Biro IPT Pemuda dan UMNO Malaysia di Vistana Hotel, di sini, hari ini.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah isu PTPTN bukanlah satu perkara baru yang dibangkitkan malah ianya cukup dekat dengan mereka termasuklah dalam soal Akta Universti dan Kolej Universiti sebelum ini.

“PTPTN bukan perkara baru. Isu ini sentiasa menjadi pertimbangan kita walaupun ianya tidak dihebohkan. Terima kasih juga kepada pembangkang kerana menjadikan ianya satu isu yang yang telah memberi satu kelebihan kepada kita untuk diketahui umum.

“Macam subsidi… telah banyak kerajaan berikan tetapi orang ramai tidak tahu dan apabila dijadikan isu oleh pembangkang, hari ini kita telah nampak dengan begitu banyak subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan.

“Cuma masalahnya hanya kerana pertimbangan politik, kalau kita tidak perjelaskan maka ia akan jadi satu perkara yang diputuskan atas kepentingan politi dan ianya tidak menguntungkan,“ katanya.

Justeru beliau memberikan jaminan meja bulat berkenaan tidak melibatkan kepentingan politik tetapi sebagai satu kaedah dan jalan keluar dalam mencari mekanisme yang terbaik.

Beliau turut mengimbau bagaimana pada satu ketika kerajaan memberikan biasiswa dan kemudiannya ditukar kepada pinjaman boleh ubah dan seterusnya kepada pinjaman seperti yang ada hari ini.

“Dulu kenapa kerajaan boleh bagi biaiswa… ini kerana dulu tidak ramai. Kenapa ditukar kepada pinjaman boleh diubah… kerana untuk kecemerlangan dan ketidakmampuan. Kenapa hari ini kita bagi pinjaman sahaja…. kerana ramai sangat.

“Namun sepertimana yang diperkatakan oleh Datuk Seri Najib Razak di Batu Pahat, 90 peratus pembiayaan pendidikan tinggi dibiayai oleh kerajaan dan tinggal 10 peratus sahaja yang perlu dibiaya oleh rakyat yang melanjutkan pengajian tinggi dan 10 peratus inilah yang kita sedang bincangkan ini iaitu PTPTN,” katanya.

Beliau seterusnya menempelak pembangkang yang hanya menjaja cerita untuk menghapuskan PTPTN tetapi di dalam buku Jingga mereka bercanggah dengan apa yang diwar-warkan hari ini.

“Pembangkang ini semua dia politikkan. Pembangkang cerita separuh-separuh kat bawah. Kita janganlah percaya tanpa semakan. Sebab itu kemakmuran yang diberikan tidak pernah diperjelaskan oleh pembangkang.

“Yang mereka tahu hanya mahu menimbulkan rasa marah rakyat terhadap kerajaan. Berilah peluang kepada kami… Jangan nanti pula kita menyesal.

“Saya tidak duduk di Selangor tetapi ramai yang saya jumpa mengatakan tolonglah beri BN menang. Dalam hati, terdetik saya tidak mengundi pun di Selangor dan memang kita nak menang di Selangor tetapi saya terfikir kenapa sampai begitu sekali datang peluk saya. Rupanya dia kata dia menyesal. Kenapa dia menyesal kerana beliau undi orang yang datang cerita perkataan ‘kalau’… Inilah antara penyakit ‘kalau’ ini.”