By malaysianview On 7:21 PM | Categorized As , | With 0 comments
Kuala Lumpur, 17 April- Tidak hairanlah kalau hari ini malah pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, pihak pakatan pembangkang khususnya PKR mempunyai banyak dana dan bahan kempen yang hebat, rupanya mereka mendapat dana dari pihak asing sebagaimana yang didedahkan oleh bekas Ahli Parlimennya sendiri, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Hashim. 


Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun, Aswad Abu Bakar berkata, isu ini bukan isu kecil bahkan telah beberapa kali didedahkan dalam media tempatan namun apa yang dikesalkan, sehingga ke hari ini pihak berkuasa masih belum mengambil apa-apa tindakan atau menyiasat mereka yang berkenaan untuk sejauh mana kesahihan pendedahan Zul Nordin ini.

“Pada pandangan saya, isu ini sememang telah terbukti kebenarannya. Dana asing ini dipercayai telah disalurkan kepada Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang  menerusi beberapa agensi yang bernaung di bawah telunjuk National Endownment for Democracy (NED) yang sememangnya diwujudkan untuk menguasai negara-negara Islam.

Mereka memberi bantuan ini bertujuan untuk memenangkan boneka yang mereka gemari bertujuan untuk memerintah Malaysia secara terus. Anwar telah menjadi rakan dan boneka golongan ini sejak dahulu lagi,” ujarnya mengulas pendedahan Zul Nordin mengenai bantuan asing kepada Anwar dan pakatan pembangkang di Malaysia.

Tambahnya, umum sudah mengetahui sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, sambutan yang ditunjukkan oleh kerajaan Amerika semasa lawatan beliau ke sana amat istimewa sekali.

“Maka tidak hairanlah mengapa pembangkang pada hari ini mampu mengadakan program-program yang besar, yang sebelum ini tidak mampu dilaksanakan oleh mereka. Mereka juga mampu untuk memberi wang kepada orang untuk datang bagi meramaikan majlis-majlis mereka. Ini adalah bukti nyata pembangkang memang ada pihak yang memberi sokongan kewangan kepada mereka.

Lihat juga kepada poster-poster dan bahan kempen pakatan pembangkang sejak PRU12 yang lalu. Bahan-bahan ini dilihat sungguh mewah dan hebat berbanding dengan poster dan bahan kempen dari BN, sungguh jauh berbeza,” tambahnya lagi.

Ini ancaman penjajahan bentuk baru yang menggunakan taktik lebih halus melalui penyaluran dana asing untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya di negara ini.

“Saya yakin pihak asing yang ingin mempengaruhi keputusan pilihan raya negara lain tidak semestinya menyalurkan dana secara langsung kepada parti politik, tetapi mungkin berbuat sedemikian melalui badan bukan kerajaan (NGO) tertentu bertopengkan perjuangan seperti atas nama demokrasi dan hak asasi manusia.

Ancaman penjajahan tidak pernah tamat berikutan matlamat pihak tertentu untuk menguasai dunia serta negara lain supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka,” ujarnya lagi.

By malaysianview On 8:32 AM | Categorized As , | With 0 comments

Kuala Lumpur, 17 April- Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein semalam menerima kunjungan rasmi rombongan dari United Kingdom yang diketuai Menteri Strategi Keselamatan Antarabangsa United Kingdom, Gerald Howarth, di Bukit Aman petang tadi (16 April 2012).

Lawatan ini antara lain membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan siber, anti keganasan (terrorism) dan media sosial selain meningkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan United Kingdom yang telah sedia terjalin.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama berhubung kait dengan perkongsian maklumat risikan dan teknologi dalam aspek pembangunan keupayaan keselamatan (capacity buildings).

Pertemuan hari ini merupakan tindakan susulan hasil daripada lawatan rasmi YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di mana satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani pada 15 Julai 2011 di antara Malaysia dengan United Kingdom. Ianya juga merupakan lawatan susulan Perdana Menteri Britain, David Cameron ke Malaysia pada 12 Mac baru-baru ini.

Pertemuan hari ini turut menyentuh mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 serta pembentangan Rang Undang2 Kesalahan Keselamatan di Parlimen hari ini.

Menteri Dalam Negeri turut menjelaskan bahawa pemansuhan AKDN tidak akan menjejaskan kerjasama serta usaha Malaysia dalam memerangi jenayah keganasan. Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa Akta baru ini mengandungi peruntukan2 khusus untuk menangani ancaman keganasan (terorrisme).

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta Timbalannya, Dato’ Seri Khalid Abu Bakar.
By malaysianview On 8:21 AM | Categorized As , | With 0 comments

Putrajaya, 17 April- Bermula 20 Oktober 2011 sehingga hari ini (Isnin, 16 April 2012), sejumlah 70,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa melalui 3,331 operasi melibatkan 18,197 anggota penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi siri operasi tersebut, seramai 10,092 PATI dan 292 majikan telah ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan.

“Berdasarkan pecahan, 50 majikan dan 1,364 PATI telah didakwa di mahkamah, 102 majikan dan 621 PATI dikenakan kompaun dan 1,558 PATI telah diusir keluar. Sementara itu, kes bagi 30 majikan dan 3,058 PATI masih dalam siasatan, manakala baki 110 majikan dan 3,337 PATI telah dibebaskan berikutan tiada kes manakala 154 PATI adalah mangsa Anti Trafficking in Person (ATIP).

Pada masa sama, sejumlah 493 warga Afrika telah ditahan di bawah penguatkuasaan Program 6P dengan Nigeria mencatatkan statistik tertinggi (462); Uganda (13); diikuti Sudan dan Zimbabwe masing-masing (4); Botswana (3); Zambia (2); dan masing-masing satu (1) bagi D’Ivory Coast; Eritheria; Cameroon, Guinea dan Algeria,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Berdasarkan statistik operasi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendahului jumlah bilangan penguatkuasaan yang dijalankan dengan 1,118 operasi, diikuti Sabah (1,086); Johor (1,034), Negeri Sembilan (907); Pulau Pinang (874); Melaka (856); Selangor, (797); Putrajaya (791); Terengganu (658); Perak (617); Kedah (532); Sarawak (262); Kelantan (255); Perlis (252); Pahang (195); dan Wilayah Persekutuan Labuan (150).

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 132,424 PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia seramai 82,253 orang; diikuti India (10,091; Nepal, (9,271); Myanmar, (7,850); Kemboja, (5,121); Bangladesh, (4,816); Vietnam, (3,242); Pakistan, (2,707); Filipina, (2,249); Sri Lanka, (1,705); China, (1,492); dan lain-lain negara (1,627). Daripada jumlah tersebut seramai 100,133 PATI memilih jalan udara, 31,685 memilih jalan laut dan 424 PATI menggunakan jalan darat.
By malaysianview On 8:00 AM | Categorized As , | With 0 comments


Kota Damansara, 17 April- Kota Damansara hari ini dilihat sebagai `lubuk’ rumah urut di Malaysia, kerana bilangan rumah urut di sini bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Penyelaras DUN Kota Damansara, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, seluruh negara dah tahu, khususnya di peringkat negeri Selangor dah tahu, bilangan rumah urut di Kota Damansara ini telah berlipat tiga empat kali ganda daripada jumlah yang ada dulu.

“Pertambahan ini menyebabkan setiap kawasan perumahan dan perniagaan baru di sini, rumah urut ini berleluasa sehinggakan setiap lorong kedai, ada sehingga 3 hingga 4 rumah urut. Malah ada antaranya dibuat di luar specifikasi kebenaran yang sepatutnya dibuka secara terbuka.

Tapi kebanyakannya rumah urut ini dibuka di tingkat atas dan tertutup. Saya yakin pihak PBT tahu kewujudan rumah urut ini, tetapi dibiarkan. Mengapa boleh jadi begini?,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Dalam masa yang sama, masalah sampah turut menghantui bukan sahaja penduduk di Kota Damansara, malah Kg Subang yang dibawah pentadbiran MPSA dan MPPJ.

“Sampah tidak diambil secara berkala yang menimbulkan bau busuk dan pencemarab, khususnya di pekan Subang dan Kota Damansara. Ini membuktikan wujud kelemahan-kelemahan dan sikap tidak ambil peduli pihak-pihak berkuasa yang sepatutnya mengambil peranan pro-aktif unguk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan DUN Kota Damansara.

Malah di Kota Damansara hari ini,  wujud gerai yang menjual burger babi di Damansara dan kawasan sekitar. kawasan yang dinamakan The Strand, yang selama ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya rasa pelik, bagaimana pihak PBT boleh terlepas pandang dengan perkara-perkara yang sensitif sebegini,” tambahnya.

Tambahnya, jika dulu Kota Damansara ini merupakan satu kawasan pembangunan elit yang bersepadu, yang memberi kesejahteraan kepada semua penduduknya tetapi pada hari ini telah bertukar menjadi bandar satelit kancah maksiat yang begitu ketara.
By malaysianview On 7:49 AM | Categorized As , | With 0 comments


Kuala Lumpur, 17 April – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin meminta agar para pelajar yang terlibat dengan demonstrasi menghapuskan PTPTN baru-baru ini supaya menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah untuk menilai baik atau buruknya tindakan mereka itu.

“Jangan kita termakan dengan hasutan dan dakyah pihak tertentu sehingga kita sanggup menghina orang lain termasuk menghina Perdana Menteri dengan meletakkan kalungan bunga di gambar beliau, lalu dipanggil mendiang seolah-olah Perdana Menteri sudah mati. Ini adalah satu perbuatan yang jauh tersasar dari norma cara berfikiran orang yang mendapat pendidikan tinggi,” tegas beliau.

Tambahnya lagi,  para pelajar tersebut perlu berfikir semula yang pertamanya, adakah mereka yang terlibat dalam demostrasi itu benar-benar layak untuk menerima biasiswa dan yang keduanya, jika mereka tidak layak untuk menerima biasiswa, adakah mereka itu mampu untuk masuk ke universiti dengan kos tanggungan mereka sendiri.

“Mungkin mereka ini tahu, dan saja-saja buat tak tahu bahawa PTPTN ini diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu prasarana untuk memudahkan mana-mana pelajar  di negara ini yang tidak layak mendapat biasiswa dan tidak berkemampuan untuk masuk ke universiti.

“Dengan kemudahan ini, maka pelajar-pelajar tidak lagi pening-pening untuk memikirkan di mana mahu mencari sumber kewangan bagi menampung pelajaran mereka di IPTA-IPTA seluruh negara. Cuba perhatikan negara-negara lain, mana ada kemudahan bantuan kewangan seperti ini. Malah negara moden yang dianggap hebat seperti Amerika sendiri pun tidak ada skim seperti ini,” tegas beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Jelasnya lagi, pelajar-pelajar di negara ini sepatutnya bersyukur dan menggunakan peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh agar lulus dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik.

“Selepas itu, kita boleh menggunakan gaji yang kita terima itu untuk membayar balik pinjaman tersebut untuk memberi peluang kepada adik-adik kita menggunakan kemudahan ini untuk melanjutkan pelajaran sepertimana peluang dan kemudahan yang kita gunakan,” ujarnya.

Beliau juga menasihati para pelajar agar menggunakan akal fikiran yang waras untuk menilai baik dan buruk sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dan janganlah mudah terpengaruh dengan cara pembangkang yang cuba membangkitkan  sentimen emosi rakyat di negara ini.

Katanya lagi, masyarakat terutamanya para pelajar perlu memahami tujuan PTPTN ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau daripada kalangan keluarga yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Memang ia berbentuk pinjaman namun pinjaman tersebut tidaklah membebankan dan  syarat-syarat pembayaran semula yang dikenakan adalah amat mudah. PTPTN ini adalah skim pinjaman secara sukarela dan tidak ada paksaan ke atasnya. Jadi mana-mana pelajar yang mampu untuk meneruskan pembelajaran tanpa bantuan PTPTN, maka mereka tidak dipaksa untuk meminjam dari PTPTN.

“Malah mereka boleh mendapatkan tajaan dari sesiapa sahaja termasuk pihak pembangkang samada PKR, Pas , DAP atau pun tajaan dari Anwar Ibrahim sendiri kalau mereka mahu bantu. Dalam hal ini, tidak ada sesiapa yang memaksa mereka untuk mengambil pinjaman dari PTPTN,” ujarnya.

Sekiranya para pelajar itu tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN katanya lagi, maka mereka perlu belajar dengan bersungguh-sungguh serta  mendapat kelulusan yang cemerlang supaya pinjaman tersebut akan ditukar menjadi biasiswa yang tidak perlu dibayar balik.

Selain itu, beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang yang cuba menjadikan para pelajar sebagai alat untuk mencapai tujuan dan matlamat politik mereka.

“Semasa PTPTN diluluskan, kita perlu ingat di waktu itu Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.  Tapi sekarang ini Anwar mahu bercakap tentang penghapusan PTPTN padahal dia jugalah yang meluluskan cadangan untuk mewujudkan skim pinjaman tersebut. Tidakkah itu membuktikan bahawa politik pembangkang merupakan politik yang cakap tak serupa bikin?

“Kalau pihak pembangkang ini serius mahu menghapuskan segala hutang PTPTN, mereka boleh mulakan dengan negeri-negeri yang mereka perintah terlebih dulu. Contohnya menghapuskan hutang  pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN di Unisel, Kuis dan lain-lain.

“Apa yang mereka boleh buat ialah mendapatkan nama-nama pelajar yang meminjam dan mereka gunakan duit kerajaan negeri untuk membayar hutang-hutang pelajar tersebut. Tapi masalahnya, mereka tidak buat pun perkara itu,” tegasnya.

Soalnya lagi, bagaimana para pelajar boleh terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang kononnya akan menggunakan duit Petronas untuk membayar balik pinjaman PTPTN sedangkan mereka boleh menggunakan hasil pendapat GLC di Selangor untuk membayar balik pinjaman para pelajar, namun tidak pula mereka lakukan?

“Jika segala kewangan yang ada pada negeri-negeri yang mereka perintah hari ini pun mereka tidak gunakan untuk membayar hutang PTPTN tersebut, jadi apakah kita yakin sekiranya mereka memerintah negara, mereka akan menggunakan duit mana-mana agensi kerajaan untuk membayar balik hutang PTPTN para pelajar di negara ini? Sudah tentu tidak!

“Jadi jelas sekarang ini, segala isu yang timbul tentang PTPTN ini adalah semata-mata dakyah dan hasutan serta gimik politik mereka dengan mempergunakan para pelajar dan mahasiswa di negara ini,” tegas beliau.
By malaysianview On 9:01 AM | Categorized As , , | With 0 comments

LONDON -- Chelsea sealed a meeting with Liverpool in the FA Cup final after thrashing London rival Tottenham 5-1 at Wembley Stadium on Sunday thanks to some ruthless finishing and a controversial goal that will reignite the debate over goal-line technology. 
The decision to award a 49th-minute goal to Juan Mata, putting Chelsea ahead 2-0, appeared to be wrong after video replays suggested the ball hadn't crossed the line when it was cleared away by Tottenham defender Benoit Assou-Ekotto.
Mata's disputed goal added to Didier Drogba's superb opener just before halftime and although Gareth Bale pulled a goal back in the 56th, Chelsea sealed the victory through classy strikes by Ramires, Frank Lampard and Florent Malouda in the final 13 minutes.
"That second goal was a disaster," Tottenham manager Harry Redknapp said. "It was an honest mistake but when you look at it, it was nowhere near over the line."
Despite eventually losing by a four-goal margin, Redknapp said referee Martin Atkinson's awarding of the second goal proved crucial as it forced him to go on the attack in the final 20 minutes, leaving his defense open.
"We need goal-line technology, surely. You can't have situations like that," said Redknapp, who revealed that Atkinson had acknowledged his mistake when the pair spoke after the match. "I'm not going to sit here and say we would have won. But if you aren't behind, you don't go and open up as we did."
Atkinson made the decision, not his linesman, even though there was a mass of bodies on the line after a number of players fell in a heap after competing for a high ball in a melee in the six-yard box.
"I find it hard to believe he could see it from where he was," Spurs defender Ledley Kingsaid.
When asked if Mata's goal proved to be the turning point in the match, Chelsea manager Roberto di Matteo said: "I'm not sure. We had scored one by then and scored more afterwards.
"Sometimes you get a decision, sometimes you don't. But I can understand their frustration."


By malaysianview On 1:14 AM | Categorized As , | With 0 comments

Sintok, 16 April-  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya.
By malaysianview On 12:52 AM | Categorized As , | With 0 comments

TAN Sri Annuar Musa, yang digantung selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), meminta semua pihak khususnya penyokong pasukan Kelantan agar tidak mempercayai khabar angin kononnya badan induk itu mahu memotong lima mata dan hukum lima perlawanan ke atas The Red Warriors.

Dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini, Annuar berkata, khabar angin itu hanya akan memburukkan lagi keadaan dan berharap penyokong tidak melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Kita menentang penyalahgunaan peraturan dan semua bentuk ketidakadilan. Oleh itu, lakukan semua perkara dengan tertib dan istiqamah tetapi dalam keadaan berani dan tegas mengikut saluran dan peraturan yang betul,” katanya.

Dalam perlawanan Liga Super semalam, Kelantan seri satu gol dengan T-Team. Hasil 13 perlawanan, Kelantan telah mengumpulkan 28 mata setakat ini.

Pandangan Annuar ini menyusul tulisan beberapa laman sosial heboh memperkatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal dikenakan potongan lima mata oleh FAM ekoran dakwaan tindakan penyokongnya membakar patung Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad di Stadium Sultan Muhammad Ke IV petang, semalam.

Tulisan-tulisan itu juga mendakwa Kelantan juga akan berdepan tindakan tidak boleh beraksi di Kota Bharu selama lima perlawanan jika hukuman diputuskan.

Perkembangan ini muncul ketika Annuar, Presiden Kafa, dikenakan hukuman gantung selama 30 bulan berkuat kuasa 4 April lalu.

Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Annuar bersalah atas dua tuduhan.

Pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan dua tahun manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.

Ekoran keputusan itu, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.

Annuar juga Timbalan Presiden FAM.

(Sumber: Sinar Harian)
By malaysianview On 12:21 AM | Categorized As , , | With 0 comments

Kluang, 15 April - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong sekalipun ada khabar angin menyatakan beliau akan bertanding di Kota Tinggi.

Dipetik Bernama, Naib Presiden Umno ini berkata, beliau mahu meneruskan tanggungjawab membela nasib masyarakat di Sembrong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lepas.

"Hari ini jelas, orang tahu saya tidak akan ke mana, tetapi kedudukan calon itu terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan.

"Penyatuan rakyat di Sembrong ini tidak datang bergolek dan kita sudah banyak melabur wang ringgit, masa, air mata dan keringat dalam beberapa tahun ini," katanya di sini hari ini.
By malaysianview On 12:12 AM | Categorized As , , | With 0 comments

Kuala Lumpur, April 15 -- Beginning Monday, about 7,000 public housing tenants in the federal capital will receive offer letters under the People's Housing Programme of the National Economic Action Council (PHP-NEAC) and Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Public Housing (DBKLPH).

Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said the offer letters would be sent by the DBKL Housing Department to their homes.

He said those who received the offer letters would be given a month to reply if they took up the offer to buy the houses as the purchasing process would take between three and six months.

"We will not force them to accept the offer letter," he told reporters after opening the Federal Territory 2011 Excellent Students Awards here today.

The financing scheme was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Jan 28, to assist the lower income group -- currently renting units of People Public Housing and DBKL public housing -- to obtain loans to buy the units they are already residing in.

According to Raja Nong Chik, the 7,000 involved were the first group of tenants under the first phase of the loan from the Employees Provident Fund totalling RM300 million.

Earlier, he presented the Federal Territory Caring Scheme payment of RM2,500 each to the first 20 recipients.

At the ceremony, he also presented certificates of appreciation and cash to 320 excellent students of Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia in Kuala Lumpur.

Meanwhile, Federal Territory Foundation executive director Datuk Mohd Idris Mohd Isa said all the students were selected by the Federal Territory education department, community leaders and schools.

He said for Labuan Federal Territory, 54 excellent students in PMR and SPM would receive similar incentives tomorrow.

He said about RM600,000 had been allocated for the programme this year.
By malaysianview On 11:46 PM | Categorized As , | With 0 comments

Kuala Terengganu, 15 April -- Pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara umumnya hampir selesai kecuali di beberapa negeri seperti Perak dan Pulau Pinang, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pembahagian kerusi di kebanyakan negeri sudah hampir selesai, cuma ada satu dua kerusi saja lagi yang masih belum muktamad seperti di Perak ada dua dan Pulau Pinang, satu yang masih perlu dibincangkan.

"Kedah umpamanya daripada 40 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), mungkin ada satu dua lagi yang belum selesai. Ini bermakna kemajuannya sangat baik dan membanggakan," katanya pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya PKR Terengganu di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak hubungan pemimpin PAS dan PKR tidak seakrab dulu, Anwar berkata beliau tidak setuju dengan kenyataan itu.

Katanya, semua mesyuarat yang diadakan bersama berjalan mengikut jadual dan tidak timbul sebarang masalah.

"Hubungan saya dengan Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bukan sahaja baik seperti biasa malah lebih akrab lagi," katanya.

Mengenai PKR Terengganu yang hanya akan diberi tujuh kerusi oleh PAS iaitu dua Parlimen dan lima kerusi DUN untuk dipertandingkan pada pilihan raya umum nanti sedangkan PKR negeri mahu bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 11 DUN, Anwar berkata, PAS ada hak untuk berbuat demikian, tetapi perkara itu masih boleh dirundingkan.

"Kita boleh minta dan boleh berunding," katanya.

Ketika ditanya mengenai ada pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadap ketika majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah baru-baru ini, beliau berkata itu adalah fitnah Umno.

"Saya juga ada pada majlis itu dan berbisik-bisik serta senyum, tetapi kita bukan menghina. Adakah pemimpin Umno tahu apa yang kita berbisik antara kita. Saya tidak mahu komen kerana ini semua angkara Umno," katanya.
By malaysianview On 10:05 PM | Categorized As , | With 0 comments

Putrajaya, 15 April- Barisan Nasional (BN) akan mula menghantar surat kepada pemimpin parti komponennya esok, meminta supaya mereka menghantar senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu diarahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mereka diberi masa dua minggu untuk mengemukakan senarai calon masing-masing.

"... esok saya akan tulis kepada semua pemimpin parti komponen seperti yang diarah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di sini hari ini.

Katanya, beliau juga difahamkan ada parti komponen yang tidak mahu lagi bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini, sebaliknya menyarankan kawasan tersebut lebih sesuai ditandingi parti komponen lain.

Bagaimanapun perkara itu belum dapat disahkan, katanya.  

Mengenai senarai calon Umno, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung parti itu, berkata, saringan peringkat pertama telah selesai dan senarainya akan dihantar kepada presiden parti tidak lama lagi.

Presiden parti yang juga pengerusi BN, kemudiannya akan mewujudkan jawatankuasa sendiri bagi menyaring lagi semua nama calon yang diterimanya, termasuk senarai calon dari parti-parti komponen lain, bagi memilih calon yang paling sesuai untuk bertanding, katanya.

Merujuk kepada nama yang dicadangkan Umno bahagian, Tengku Adnan berkata, semua bahagian diminta mengesyorkan tiga nama, namun ada yang menghantar lebih daripada tiga, ada yang hanya menghantar satu nama, dan ada yang minta dikekalkan muka lama.

Beliau berkata ada juga bahagian yang mengesyorkan nama calon yang berada di luar bahagian berkenaan selain pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang dirasakan mampu membawa kemenangan di kawasan mereka pada pilihan raya nanti.

"Ini menunjukkan bahawa mereka faham dengan apa yang yang disebutkan oleh Presiden parti yang berkehendakkan calon 'winnable' pada pilihan raya nanti," katanya.

Seramai 700 orang  menerima BR1M pada majlis hari ini yang turut menyaksikan pemberian komputer 1Malaysia kepada 1,000 pelajar yang layak
By malaysianview On 11:09 PM | Categorized As , | With 0 comments
Kuala Lumpur, 11 April -- Nasihat amaran tsunami yangdikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Peraktelah ditarik balik pada pukul 10 malam ini, kata Jabatan Mateorologi Malaysia.

Jabatan itu dalam kenyataan berkata nasihat itu dikeluarkan padapukul 6.55 malam berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richtermelanda wilayah Aceh, Indonesia.

Ancaman tsunami sudah berlalu, kata jabatan itu.

Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysiamerasai gegaran pada pukul 4.50 petang tadi berikutan kejadian gempa bumiitu.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeriberkenaan supaya menjauhi dari kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi ituberpotensi mengakibatkan tsunami.
By sahabat gunung On 2:45 PM | Categorized As , , | With 0 comments
Kuala Lumpur, 10 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk IdrisHaron melihat Pas sebagai parti yang gagal tetapi enggan mengakuinya keranamasih merasakan berkuasa sedangkan realitinya mereka tidak mampu berkerajaansebagaimana gagalnya kepimpinan Pas di Kelantan dan Kedah.

Katanya, impian Pas adalah untuk menambahkan jumlah kerusi yangakan ditandinginya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tetapi malangnyatidak ada apa-apa persetujuan daripada sekutu pakatan pembangkang sebaliknyadilaporkan bahawa mereka tidak sehaluan dalam membincangkan hal tersebut.

“Persoalannya bagaimana mereka mahu mencapai kata sepakat keranaantara mereka sendiri saling mencurigai antara satu sama lain,” katanya.

Ujarnya, sampai ke hari ini Pas masih mahu membayangkan mereka adasegala-galanya, tetapi apabila mereka dapat mentadbir maka mereka tidak pedulidengan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat yang memberi mereka mandat.

“Pas adalah parti yang menjadi batu loncatan kepada orang lainbiarpun sebelum ini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah mencanangkan dirinyasebagai Perdana Menteri jika pakatan mereka menang PRU dengan Presiden Pas HadiAwang sebagai Timbalannya tetapi bagaimana pula dengan Lim Guan Eng yangsekarang bekerja kuat untuk menjadi Perdana Menteri?

“Pas masih lagi berada dalam khayalan dan merasakan terus berkuasasedangkan realitinya di Selangor sendiri mereka gagal memainkan peranansehinggakan jawatan Exco yang disandang pun dilucutkan,” katanya yang juga AhliParlimen Tangga Batu.

Tambahnya, apa yang dikorbankan oleh Pas dalam mempersetujui apasaja yang dilakukan oleh anggota sekutu pakatan pembangkang adalah untukmendapatkan kuasa dan kedudukan dalam PRU akan datang.

“Malangnya, sikap Pas menganggap bila mereka mentadbir maka pergijahanamlah rakyat yang memilih mereka kerana mereka akan mabuk dengankepentingan peribadi semata-mata.

“Kononnya dalam Islam tidak pernah ada demokrasi, pemimpin akanhanya ditunjuk dan cuma diperturunkan maka itulah Pas sebenar ‘the end justifiesthe means’. Mereka sanggup melihat pembunuhan asal berkuasa, ‘it takes a war topeace’ kononnya.”

Tegasnya, kepimpinan Pas menyifatkan ‘tolak tepi halal dan haram’atas alasan darurat kerana apa yang penting adalah kuasa dan apa yang berlakuseterusnya tidak pernah difikirkan.
By malaysianview On 2:30 PM | Categorized As , , | With 0 comments
Alor Setar, 10 April -- KonvensyenMedia Sosial 1Malaysia mempelawa pengguna media siber di Kedah dannegeri-negeri lain untuk menyertai konvensyen itu di Universiti Teknologi Mara(UiTM) Merbok, Sungai Petani, 14 April ini.

Pengarah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Kedah,Haniff Hassan berkata tujuan utama konvensyen itu diadakan adalah untuk menarikminat pengguna untuk bersama membantumengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan penggunaan media siber.

"Pengguna media siber seperti bloggers, pelajar-pelajar IPTAdan sesiapa sahaja boleh datang untuk berkongsi maklumat berkaitan media sibersupaya kita sebagai pengguna tidak mudah percaya dengan info-info yang belumpasti kesahihannya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Konvensyen berkenaan merupakan siri jelajah yang dianjurkan olehSekretariat 1Malaysia yang sebelum ini diadakan di Sabah, Kelantan serta Pahangdan ini merupakan kali pertama iadiadakan di Kedah.

"Saya menganggarkan seramai 1,500 hingga 1,700 pesertaterutama golongan muda akan hadir kerana ini merupakan peluang yang baik untukpihak kami dan pengguna media siber berkongsi maklumat dan mengenali satu samalain dengan lebih rapat lagi," katanya.

Majlis yang bermula pukul 8 pagi itu akan dirasmikan oleh MenteriPenerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Pelbagaiaktiviti seperti forum dan cabutanbertuah akan dijalankan.
By malaysianview On 2:30 PM | Categorized As , , | With 0 comments
Kuala Terengganu, 10 April- Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mencabar barisankepimpinan Pas supaya terlebih dahulu memansuhkan yuran mana-mana sekolah milikparti itu, termasuk tadika Pasti sebelum berangan menghapuskan pinjaman YayasanTerengganu.

“Terdesak untuk memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke-13, parti pembangkang tidak habis-habis menabur janji kosong danberbohong kepada masyarakat demi meraih sokongan,” katanya.

Katanya, janji pembangkang untuk menghapuskan pinjaman YT danPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah lebih bersifat`khayalan’ dan palsu semata-mata.

“Kalau serius hendak menghapuskan pinjaman itu, mereka sepatutnyaterlebih dahulu menghapuskan Tadika Pasti yang mengenakan yuran bulanan antaraRM50 hingga RM150 bagi setiap kanak-kanak.

“Jika belajar di Tadika Pasti pun dikenakan yuran mahal, bagaimanahendak laksanakan pendidikan percuma kepada setiap pelajar Institut PengajianTinggi (IPT) yang berjumlah ratus ribu itu pada setiap tahun,” katanya.

Katanya, dia malu dan sedih dengan kenyataan itu yang tidaksepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin.

“Kita bukan hendak berbangga, belajar di tadika milik kerajaaniaitu Tadika Kemas hanya perlu membayar RM10 saja sebulan, kadar ini yangberkuatkuasa lebih 20 tahun masih kekal ke hingga ini.

“Pelbagai manfaat diterima kanak-kanak, termasuk diberi makananberkhasiat, belajar Iqra dan pelbagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan di bawahKementerian Pendidikan Malaysia diguna pakai di tadika kemas,” katanya.