By malaysianview On 8:32 AM | Categorized As , | With 0 comments

Kuala Lumpur, 17 April- Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein semalam menerima kunjungan rasmi rombongan dari United Kingdom yang diketuai Menteri Strategi Keselamatan Antarabangsa United Kingdom, Gerald Howarth, di Bukit Aman petang tadi (16 April 2012).

Lawatan ini antara lain membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan siber, anti keganasan (terrorism) dan media sosial selain meningkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan United Kingdom yang telah sedia terjalin.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama berhubung kait dengan perkongsian maklumat risikan dan teknologi dalam aspek pembangunan keupayaan keselamatan (capacity buildings).

Pertemuan hari ini merupakan tindakan susulan hasil daripada lawatan rasmi YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di mana satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani pada 15 Julai 2011 di antara Malaysia dengan United Kingdom. Ianya juga merupakan lawatan susulan Perdana Menteri Britain, David Cameron ke Malaysia pada 12 Mac baru-baru ini.

Pertemuan hari ini turut menyentuh mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 serta pembentangan Rang Undang2 Kesalahan Keselamatan di Parlimen hari ini.

Menteri Dalam Negeri turut menjelaskan bahawa pemansuhan AKDN tidak akan menjejaskan kerjasama serta usaha Malaysia dalam memerangi jenayah keganasan. Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa Akta baru ini mengandungi peruntukan2 khusus untuk menangani ancaman keganasan (terorrisme).

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta Timbalannya, Dato’ Seri Khalid Abu Bakar.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: