By malaysianview On 8:21 AM | Categorized As , | With 0 comments

Putrajaya, 17 April- Bermula 20 Oktober 2011 sehingga hari ini (Isnin, 16 April 2012), sejumlah 70,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa melalui 3,331 operasi melibatkan 18,197 anggota penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi siri operasi tersebut, seramai 10,092 PATI dan 292 majikan telah ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan.

“Berdasarkan pecahan, 50 majikan dan 1,364 PATI telah didakwa di mahkamah, 102 majikan dan 621 PATI dikenakan kompaun dan 1,558 PATI telah diusir keluar. Sementara itu, kes bagi 30 majikan dan 3,058 PATI masih dalam siasatan, manakala baki 110 majikan dan 3,337 PATI telah dibebaskan berikutan tiada kes manakala 154 PATI adalah mangsa Anti Trafficking in Person (ATIP).

Pada masa sama, sejumlah 493 warga Afrika telah ditahan di bawah penguatkuasaan Program 6P dengan Nigeria mencatatkan statistik tertinggi (462); Uganda (13); diikuti Sudan dan Zimbabwe masing-masing (4); Botswana (3); Zambia (2); dan masing-masing satu (1) bagi D’Ivory Coast; Eritheria; Cameroon, Guinea dan Algeria,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Berdasarkan statistik operasi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendahului jumlah bilangan penguatkuasaan yang dijalankan dengan 1,118 operasi, diikuti Sabah (1,086); Johor (1,034), Negeri Sembilan (907); Pulau Pinang (874); Melaka (856); Selangor, (797); Putrajaya (791); Terengganu (658); Perak (617); Kedah (532); Sarawak (262); Kelantan (255); Perlis (252); Pahang (195); dan Wilayah Persekutuan Labuan (150).

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 132,424 PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia seramai 82,253 orang; diikuti India (10,091; Nepal, (9,271); Myanmar, (7,850); Kemboja, (5,121); Bangladesh, (4,816); Vietnam, (3,242); Pakistan, (2,707); Filipina, (2,249); Sri Lanka, (1,705); China, (1,492); dan lain-lain negara (1,627). Daripada jumlah tersebut seramai 100,133 PATI memilih jalan udara, 31,685 memilih jalan laut dan 424 PATI menggunakan jalan darat.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: