Sintok, 16 April- Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan
sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.
Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah
tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.
Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.
"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma
setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik,
masa itu adalah pilihan raya.
"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan
raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat,
pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari
Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.
Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada
kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan
diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.
"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan
raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan
pilihan raya.
No comments:
Post a Comment