By malaysianview On 1:14 AM | Categorized As , | With 0 comments

Sintok, 16 April-  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya.
By malaysianview On 12:12 AM | Categorized As , , | With 0 comments

Kuala Lumpur, April 15 -- Beginning Monday, about 7,000 public housing tenants in the federal capital will receive offer letters under the People's Housing Programme of the National Economic Action Council (PHP-NEAC) and Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Public Housing (DBKLPH).

Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said the offer letters would be sent by the DBKL Housing Department to their homes.

He said those who received the offer letters would be given a month to reply if they took up the offer to buy the houses as the purchasing process would take between three and six months.

"We will not force them to accept the offer letter," he told reporters after opening the Federal Territory 2011 Excellent Students Awards here today.

The financing scheme was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Jan 28, to assist the lower income group -- currently renting units of People Public Housing and DBKL public housing -- to obtain loans to buy the units they are already residing in.

According to Raja Nong Chik, the 7,000 involved were the first group of tenants under the first phase of the loan from the Employees Provident Fund totalling RM300 million.

Earlier, he presented the Federal Territory Caring Scheme payment of RM2,500 each to the first 20 recipients.

At the ceremony, he also presented certificates of appreciation and cash to 320 excellent students of Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia in Kuala Lumpur.

Meanwhile, Federal Territory Foundation executive director Datuk Mohd Idris Mohd Isa said all the students were selected by the Federal Territory education department, community leaders and schools.

He said for Labuan Federal Territory, 54 excellent students in PMR and SPM would receive similar incentives tomorrow.

He said about RM600,000 had been allocated for the programme this year.
By malaysianview On 11:46 PM | Categorized As , | With 0 comments

Kuala Terengganu, 15 April -- Pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara umumnya hampir selesai kecuali di beberapa negeri seperti Perak dan Pulau Pinang, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pembahagian kerusi di kebanyakan negeri sudah hampir selesai, cuma ada satu dua kerusi saja lagi yang masih belum muktamad seperti di Perak ada dua dan Pulau Pinang, satu yang masih perlu dibincangkan.

"Kedah umpamanya daripada 40 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), mungkin ada satu dua lagi yang belum selesai. Ini bermakna kemajuannya sangat baik dan membanggakan," katanya pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya PKR Terengganu di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak hubungan pemimpin PAS dan PKR tidak seakrab dulu, Anwar berkata beliau tidak setuju dengan kenyataan itu.

Katanya, semua mesyuarat yang diadakan bersama berjalan mengikut jadual dan tidak timbul sebarang masalah.

"Hubungan saya dengan Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bukan sahaja baik seperti biasa malah lebih akrab lagi," katanya.

Mengenai PKR Terengganu yang hanya akan diberi tujuh kerusi oleh PAS iaitu dua Parlimen dan lima kerusi DUN untuk dipertandingkan pada pilihan raya umum nanti sedangkan PKR negeri mahu bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 11 DUN, Anwar berkata, PAS ada hak untuk berbuat demikian, tetapi perkara itu masih boleh dirundingkan.

"Kita boleh minta dan boleh berunding," katanya.

Ketika ditanya mengenai ada pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadap ketika majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah baru-baru ini, beliau berkata itu adalah fitnah Umno.

"Saya juga ada pada majlis itu dan berbisik-bisik serta senyum, tetapi kita bukan menghina. Adakah pemimpin Umno tahu apa yang kita berbisik antara kita. Saya tidak mahu komen kerana ini semua angkara Umno," katanya.
By malaysianview On 3:23 PM | Categorized As | With 0 comments

Kluang, 15 April  -- Undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan menghadkan kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata PDRM berpuas hati mengenainya dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Sememangnya akta baru itu tidak boleh dibentang sekiranya polis sebagai 'end user' yang memastikan keselamatan negara sendiri tidak selesa dengan akta baru berkenaan.

"Jadi saya bagi jaminan hari ini, PDRM maklumkan apa yang akan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak esok, mereka (PDRM) yakin mereka dapat jamin keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata Kabinet juga bersetuju untuk memperkasakan PDRM bagi
meningkatkan keupayaan pasukan daripada segi menjalankan siasatan, perundangan, risikan, pemantauan dan hubungan dua hala dengan negara jiran.
"Saya hendak beritahu bahawa perbincangan mengenai undang-undang menggantikan ISA ini telah dibuat dengan dengan pihak berkepentingan seperti Suhakam, Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan sejak tahun 2009 yang mengambil kira beberapa perkara termasuk tempoh tahanan," tegasnya.

Sementara itu mengulas isu lain,  Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno bersetuju agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini.

Katanya penubuhan itu wajar bagi memastikan duduk sebenar dakwaan tersebut memandangkan "tuan punya badan" menafikan.

"Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati," katanya yang mengulas cadangan seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kekal Di Sembrong

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong sekalipun ada khabar angin menyatakan beliau akan bertanding di Kota Tinggi.

Katanya beliau mahu meneruskan tanggungjawab membela nasib masyarakat di Sembrong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lepas.

"Hari ini jelas, orang tahu saya tidak akan ke mana, tetapi kedudukan calon itu terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan. Penyatuan rakyat di Sembrong ini tidak datang bergolek dan kita sudah banyak melabur wang ringgit, masa, air mata dan keringat dalam beberapa tahun ini," katanya.
By malaysianview On 2:54 PM | Categorized As , | With 0 comments

Kuala Lumpur 15 April  – Strategi tutup mulut untuk tutup isu dilihat bukan sahaja menjadi ‘trade mark’ Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, malah rakan-rakan pimpinan pembangkang yang lain.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata modus operandi serta formula wajib pembangkang itu makin terserlah hari demi hari dan perkara itu bakal memusnahkan diri mereka sendiri pada satu hari nanti.

“Itulah strategi yang selalu digunapakai dan perkara itu kita boleh lihat bagaimana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diminta tutup mulut sebelum ini. Begitu juga dengan krisis di Kedah baru-baru ini.

“Jadi kalau Anwar dan Azmin yang terpalit dengan pelbagai dakwaan boleh tutup mulut itu tidaklah pelik bagi saya kerana itulah formula wajib yang menjadi kebiasaan mereka. Golongan berkenaan cukup terdesak untuk berterusan menipu rakyat.

“Bukankah satu demi satu dakwaan mengenai pemimpin pembangkang keluar khususnya yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan Azmin….Ingatlah bak kata pepatah, bangkai gajah jika ditutup dengan apa sekalipun, lama kelamaan akan berbau juga,“ katanya kepada MalaysianView di sini.

Fairus seterusnya menambah apa yang dilaksanakan oleh pembangkang hari ini adalah dengan nawaitu utama untuk menumbangkan BN.

Tetapi ujar beliau, pembangkang tidak sedar bahawa rakyat khususnya pengundi hari ini cukup bijak dan tidak mudah ditipu dengan gaya mainan politik usang bermuka-muka oleh kepimpinan pembangkang.

“Tutuplah dengan apa cara sekalipun dan sampai bila mereka mahu kunci mulut mereka dalam usaha menutup pelbagai dakwaaan yang datangnya bertimpa-timpa. Saya yakin dan insyaallah, berani kerana benar dan takut kerana salah, Allah akan bersama dengan orang-orang yang benar.

“Mereka boleh tipu rakyat dengan kata-kata tetapi Allah yang maha berkuasa. Dengan izin Allah, segala yang mereka kunci itu akan terkeluar kelak dan kita tunggu dan lihat sejauh mana mereka mampu lagi untuk kunci mulut semata-mata nak tutup isu yang dibangkitkan,” katanya. 
By sahabat gunung On 1:38 PM | Categorized As , | With 0 comments

Kuala Lumpur - Dengan sekali lafaz pelakon dan model, Natasha Hudson, 30, selamat diijab kabul dan sah bergelar isteri penyanyi dan komposer, Carleed Khaza, 33, pada majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, kira kira jam 12 tengah hari tadi.
                
Dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pintu hati Natasha Hudson akhirnya terbuka untuk menerima Carleed Khaza sebagai teman hidupnya.

Pasangan ini dinikahkan hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dan dikhabarkan tiada majlis resepsi dibuat.

Hubungan Natasha dengan Carleed pada mulanya terbina atas dasar kawan kerana sudah mengenali sejak zaman persekolahan lagi.

Namun, kedua-duanya bertambah rapat apabila bekerjasama melalui lagu, duet Jika Ku Boleh Ubah Dunia.

Tahniah diucapkan buat Natasha dan Carleed. Semoga menjalani kehidupan berumahtangga penuh berkat.
By sahabat gunung On 1:27 PM | Categorized As , | With 0 comments

Kampar, 15 April - Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 313 orang setakat pukul 10 pagi ini selepas 22 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi. 

Mereka yang terdiri daripada 95 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata ini berikutan paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung pulih seperti biasa.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan.
By malaysianview On 1:00 PM | Categorized As | With 0 comments
Kuala Terengganu – PKR Terengganu menerima tamparan hebat apabila pimpinan Pas negeri mendakwa parti itu hanya layak bertanding di tujuh kerusi di negeri itu berbanding 14 kerusi yang dihasratkan mereka.


Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik berkata, tujuh kerusi itu membabitkan lima kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen.

Katanya, keadaan itu berdasarkan kedudukan PKR di Terengganu yang disifatkan sebagai kategori ketiga.

“Kedudukan PKR dalam kategori pertama adalah seperti di Sabah dan Sarawak di mana kita sendiri tiada kekuatan di sana. Kategori kedua melibatkan kawasan campuran dan kategori ketiga adalah di kawasan majoriti Melayu seperti di Terengganu.

“Jadi, dengan kedudukan PKR dalam kategori ketiga di negeri ini, Pas kena mengurus seluruhnya dengan kerjasama PKR, sebagaimana Pas juga memberi kerjasama kepada PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini.

Laporan media semalam menyebut kepimpinan PKR  Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berkata, dari sudut pembahagian kerusi sudah tentu pihaknya akan melihat kekuatan kedua-dua parti sama ada ia boleh membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) atau tidak.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat perbandingan kedua-dua parti dari sudut realiti politik di negeri ini dan Pas disifatkan lebih kuat berbanding PKR terutama di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, perbandingan tersebut bukan bertujuan memperkecilkan kemam-puan PKR kerana pihaknya turut menimbang keputusan yang munasabah mengenai isu calon.

Abu Bakar dalam masa sama turut memandang hasrat PKR dari sudut positif dengan menganggap rakannya itu mungkin melihat perkembangan politik ketika ini baik untuk menonjolkan calon.

Katanya, keadaan itu tidak bermakna PKR perlu berasa ghairah memiliki kerusi yang banyak kerana apa yang penting adalah soal kekuatan dari sudut pengurusan di peringkat bawah sebagaimana dimiliki Pas dan sokongan menyeluruh dari pelbagai peringkat.

“Mana-mana parti perlu tahu kekuatan masing-masing untuk memastikan kemenangan dan perlu dengan rasa yang ikhlas,” katanya.

Katanya, isu itu juga perlu dilihat berdasarkan beberapa faktor dan kaedah yang tepat bagi memastikan keputusan yang dibuat kelak boleh menghasilkan nilai tambah kepada PR dalam merealisasikan hasrat menawan Terengganu.
By malaysianview On 12:00 PM | Categorized As | With 0 comments

Kuala Terengganu -  Kepimpinan PKR  Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik semalam yang secara terbuka mengakui Pas Terengganu lebih kuat berbanding PKR dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu, Pas hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya pada pilihan raya umum nanti iaitu lima di Dun dan dua di Parlimen.

Sebelum ini, PKR Terengganu mengumumkan hasrat untuk bertanding 11 kawasan Dun dan tiga kerusi Parlimen dalam usaha pembangkang menawan negeri ini.
By malaysianview On 5:31 PM | Categorized As , | With 0 comments
Kuala Lumpur, 14 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, hari ini menyokong penuh tindakan ratusan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan bagi menuntut pendidikan percuma di negara ini.



Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus, berkata Pakatan Rakyat mempunyai formula tertentu bagi menyelesaikan hutang pinjaman PTPTN sebanyak RM24.7 bilion membabitkan hampir 651,000 mahasiswa.

Tegas beliau kepada media, Pakatan Rakyat berkeyakinan hutang ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya sumber kewangan negara diurustadbir secara berhemah dan telus.

Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2009 yang mendedahkan berlakunya ketirisan sebanyak RM28 bilion, Nazree berkata sekiranya ketirisan tersebut tidak berlaku, wang tersebut boleh disalurkan ats tujuan pendidikan kepada mahasiswa negara ini.

"Atas sebab itu kita berkeyakinan, isu PTPTN ini boleh diselesaikan dengan kita berusaha mengambil dari beberapa sumber, seperti ketirisan tadi, contohnya," tegas beliau, ketika ditemui di perhimpunan mahasiswa, di ibu kota, lewat petang tadi.

Selain menyebut keuntungan Petronas yang menjangkau RM90 bilion juga boleh dijadikan salah satu sandaran bagi menyalurkan pendidikan percuma kepada mahasiswa, Nazree berkata Pakatan Rakyat begitu prihatin atas setiap keperitan para mahasiswa di negara ini.

"Jika kita memilih untuk membayar hutang PTPTN itu sebanyak RM2 bilion setahun sekalipun, secara ansuran 10 tahun contohnya, kita sudah mampu untuk menyelesaikan keseluruhan hutang mahasiswa terbabit," jelas beliau lagi.

Beliau turut menambah, mahasiswa yang berusia 20 hingga 25 tahun kini, sudah mula menanggung hutang hampir RM20000, yang jelas membebankan mahasiswa.

Sambil mengulangi komitmen Pakatan Rakyat dalam menawarkan pendidikan percuma kepada mahasiswa, Nazree berkata sekiranya BN berjanji untuk menurunkan harga minyak apabila parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-13, maka Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN.

Sebelum itu, hampir 500 mahasiswa berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan kompleks membeli-belah Sogo bagi menuntut pendidikan percuma kepada mereka.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke Sogo.

Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang.

Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'.

Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik  kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa. 

Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.
By sahabat gunung On 5:31 PM | Categorized As | With 0 comments