By malaysianview On 10:53 AM | Categorized As | With 0 comments


Jika di Malaysia kecoh tentang video rakaman seks Datuk Seri Anwar Ibrahim, lain pula halnya di Indonesia. Di seberang sana panas diperkatakan tentang gambar-gambar aksi berahi pasangan adik beradik Syahrini dan Aisyahrini yang tersebar di internet ketika ini.

Gambar-gambar tersebut berupa koleksi peribadi pasangan adik-beradik tersebut. Mereka dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan bekas suami penyanyi tersohor Krisdayanti, Anang Hermansyah.

Siapa dia Syahrini? Mungkin ramai dikalangan kita masih belum mengenali Syahrini. Secara ringkas Syarini ialah seorang penyanyi Pop Indonesia, seorang pendatang baru dalam industri hiburan tanah air.

Dilahir pada 1 Ogos 1982 di Bogor, pernah menghasilkan album solo pada tahun 2008 berjudul My Lovely.
 
Lebih hangat lagi, beberapa sumber mengatakan, bekas veejay MTV Daniel Mananta dan penyanyi Glen Fredly juga turut ditemui dalam koleksi gambar-gambar tersebut.

Menurut Syahrini, gambar-gambar yang tersebar adalah daripada koleksi simpanan peribadinya dan menganggap ianya tidak salah kerana gambar tersebut adalah aksi-aksi biasa, tidak mengandungi aksi lucah.

“Semua yang ada dalam gambar tersebut adalah kawan-kawan rapat saya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing, Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi”, tambahnya.
By sahabat gunung On 1:38 PM | Categorized As , | With 0 comments

Kuala Lumpur - Dengan sekali lafaz pelakon dan model, Natasha Hudson, 30, selamat diijab kabul dan sah bergelar isteri penyanyi dan komposer, Carleed Khaza, 33, pada majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, kira kira jam 12 tengah hari tadi.
                
Dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pintu hati Natasha Hudson akhirnya terbuka untuk menerima Carleed Khaza sebagai teman hidupnya.

Pasangan ini dinikahkan hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dan dikhabarkan tiada majlis resepsi dibuat.

Hubungan Natasha dengan Carleed pada mulanya terbina atas dasar kawan kerana sudah mengenali sejak zaman persekolahan lagi.

Namun, kedua-duanya bertambah rapat apabila bekerjasama melalui lagu, duet Jika Ku Boleh Ubah Dunia.

Tahniah diucapkan buat Natasha dan Carleed. Semoga menjalani kehidupan berumahtangga penuh berkat.
By malaysianview On 11:46 PM | Categorized As , | With 0 comments
HAL perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindarioleh setiap pasangan yang berkahwin.

Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita RudainiMokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaansepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka.

Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelutrumah tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerimamesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan cerai.
Menganggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulisuntuknya, Rita tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya inginmenumpukan perhatian kepada anak-anak.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya.Saya percaya pada qada’ dan qadar Allah dan terima ia dengan redha.

“Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalahpada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anaksentiasa bersama saya,” katanya yang ditemui semasa majlis hari lahirnya yangke-36, hari ini.

Menurut Rita, permohonan penceraian tersebut tidak langsungmemeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka diDamansara sejak empat bulan lalu.

Mengakui sudah tawar hati dengan perangai suaminya, Ritabagaimanapun tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepakitu.

“Saya berkahwin dengannya atas dasar sayang dan cinta bukannyasebab duit. Pelbagai dugaan telah saya lalui sepanjang berkahwin dengannyamalah saya pernah dipulaukan oleh orang kerana keputusan kami untuk berkahwin.

“Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkandiri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yangmatang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannyalelaki yang lari apabila ada masalah.

“Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil),tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini,”katanya yang kelihatan sebak semasa ditemui.

Bagaimanapun, menurut Rita, dia hanya mengikut ketentuan Allah danbersedia sekiranya sudah tertulis jodoh mereka masih panjang.

“Jika sudah tercatat jodoh kami masih panjang, saya akan terimanamun jika dikatakan hanya setakat ini sahaja jodoh kami, saya redha,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
By sahabat gunung On 12:38 AM | Categorized As | With 0 comments
Genting Highland, 8 April- AARON Aziz menepati jangkaan ramai apabila diumumkan sebagaiBintang Paling Popular 2011, dengan mengumpulkan undian sebanyak 87,669, padamajlis yang berlangsung di Genting Highlands, malam tadi.

Dalam acara yang berlangsung di Arena of Star, Aaron turutmemenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Aaron membawa pulang hadiahberupa barang kemas Raflesia bernilai RM250,000 dan sebuah Nissan Teana V62.5L.