Kuala Lumpur - Dengan sekali lafaz pelakon dan model, Natasha
Hudson, 30, selamat diijab kabul dan sah bergelar isteri penyanyi dan komposer,
Carleed Khaza, 33, pada majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan
di sini, kira kira jam 12 tengah hari tadi.
Dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pintu hati Natasha
Hudson akhirnya terbuka untuk menerima Carleed Khaza sebagai teman hidupnya.
Pasangan ini dinikahkan hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan,
Jalan Duta dan dikhabarkan tiada majlis resepsi dibuat.
Hubungan Natasha dengan Carleed pada mulanya terbina atas dasar
kawan kerana sudah mengenali sejak zaman persekolahan lagi.
Namun, kedua-duanya bertambah rapat apabila bekerjasama melalui
lagu, duet Jika Ku Boleh Ubah Dunia.
Tahniah diucapkan buat Natasha dan Carleed. Semoga menjalani
kehidupan berumahtangga penuh berkat.
No comments:
Post a Comment