By malaysianview On 2:54 PM | Categorized As , | With 0 comments

Kuala Lumpur 15 April  – Strategi tutup mulut untuk tutup isu dilihat bukan sahaja menjadi ‘trade mark’ Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, malah rakan-rakan pimpinan pembangkang yang lain.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata modus operandi serta formula wajib pembangkang itu makin terserlah hari demi hari dan perkara itu bakal memusnahkan diri mereka sendiri pada satu hari nanti.

“Itulah strategi yang selalu digunapakai dan perkara itu kita boleh lihat bagaimana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diminta tutup mulut sebelum ini. Begitu juga dengan krisis di Kedah baru-baru ini.

“Jadi kalau Anwar dan Azmin yang terpalit dengan pelbagai dakwaan boleh tutup mulut itu tidaklah pelik bagi saya kerana itulah formula wajib yang menjadi kebiasaan mereka. Golongan berkenaan cukup terdesak untuk berterusan menipu rakyat.

“Bukankah satu demi satu dakwaan mengenai pemimpin pembangkang keluar khususnya yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan Azmin….Ingatlah bak kata pepatah, bangkai gajah jika ditutup dengan apa sekalipun, lama kelamaan akan berbau juga,“ katanya kepada MalaysianView di sini.

Fairus seterusnya menambah apa yang dilaksanakan oleh pembangkang hari ini adalah dengan nawaitu utama untuk menumbangkan BN.

Tetapi ujar beliau, pembangkang tidak sedar bahawa rakyat khususnya pengundi hari ini cukup bijak dan tidak mudah ditipu dengan gaya mainan politik usang bermuka-muka oleh kepimpinan pembangkang.

“Tutuplah dengan apa cara sekalipun dan sampai bila mereka mahu kunci mulut mereka dalam usaha menutup pelbagai dakwaaan yang datangnya bertimpa-timpa. Saya yakin dan insyaallah, berani kerana benar dan takut kerana salah, Allah akan bersama dengan orang-orang yang benar.

“Mereka boleh tipu rakyat dengan kata-kata tetapi Allah yang maha berkuasa. Dengan izin Allah, segala yang mereka kunci itu akan terkeluar kelak dan kita tunggu dan lihat sejauh mana mereka mampu lagi untuk kunci mulut semata-mata nak tutup isu yang dibangkitkan,” katanya. 

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: