By malaysianview On 9:56 PM | Categorized As , , | With 0 comments
Kuala Lumpur, 11 April --Mansuhkan bayaran perkhidmatan satu peratus bagi Pinjaman Tabung PendidikanTinggi Nasional (PTPTN) adalah antara perkara yang termasuk dalam resolusiPersidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi PengajianTinggi Pemuda Umno Malaysia bersama PTPTN di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata persidangan itumelibatkan 160 peserta terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), badan bukan kerajaan (NGO)serta badan perwakilan pelajar dan wakil PTPTN termasuk Pemangku KetuaEksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf.

Resolusi itu menggariskan empat aspek meliputi pinjaman, pembayaran,tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan komunikasi bagi menanganiisu yang perlu diselesaikan segera iaitu pembayaran balik PTPTN.

Khairy berkata persidangan itu setuju supaya sistem bayaran balikPTPTN dirombak dengan menetapkan paras gaji minimum peminjam RM3,000 sebagai pendapatanselesa untuk peminjam memulakan bayaran balik pinjaman.

"Penambahbaikan itu perlu berlandaskan kepada tahappendapatan yang selesa bukannya enam bulan selepas tamat belajar keranakadang-kadang pelajar mendapat pekerjaan dengan gaji yang sedikit," katanyasemasa Majlis Penutup dan Penyerahan Resolusi Persidangan Meja Bulat MahasiswaNasional.

Beliau berkata tindakan menyenarai hitam yang menyebabkankebebasan peminjam seperti urusan ke luar negara atau membuat pinjaman perludimansuhkan dan digantikan dengan kaedah lain.

"Kita faham PTPTN terpaksa menyenarai hitam tetapi inimerupakan langkah drastik kerana banyak rungutan diterima dan kita akan tampiluntuk membantu menjejaki peminjam yang belum menjelaskan pinjaman,"katanya.

Selain itu, resolusi itu turut menyatakan bahawa pinjaman bagipeminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke Semenanjung hendaklah meliputiharga tiket penerbangan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

"Saya sudah maklumkan kepada Menteri Pengajian Tinggi DatukSeri Mohamed Khaled Nordin untuk membincangkan perkara ini," katanya.

Khairy berkata resolusi itu turut mencadangkan kerajaan supayamenyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah teruskepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akaun SSPN.

"Kita perlu mendidik anak-anak menabung dari kecil supaya adatabungan untuk sambung belajar tetapi kita perlu mempromosikan lagi SSPN bagimeningkatkan kesedaran rakyat negara ini," katanya.

Resolusi itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak hari ini.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata 17 peratus peminjam yang gagalmenjelaskan pinjaman adalah disebabkan sikap tidak ambil peduli serta sambillewa mengenai perkara ini.

"Kita sedia berbincang untuk mengetahui masalah mereka dansedia menerima bayaran walaupun RM50 sebulan serta sedia menangguhkan sehinggadua tahun bagi mereka yang belum mencapai tahap gaji yang selesa,"katanya.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: