By sahabat gunung On 7:11 AM | Categorized As | With 0 comments
Kuala Lumpur 9 April – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimdisaran cermin diri dan tidak berterusan seolah-olah menganggap dirinyapemimpin bersih berbanding dengan pemimpin kerajaan yang ada hari ini khususnyaPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar, Anuar Shaari berkataKetua Umum PKR itu sebenarnya tidak layak untuk bercakap bukan sahaja dalamsoal ketelusan malah dalam soal moral yang lain.

Menurut beliau Anwar sepatutnya membersihkan dirinya terlebih dahuluyang hari ini rata-rata masyarakat bawahan bercakap pelbagai dakwaan yangterpalit dengan diri Ketua Umum PKR itu.

“Sampai bilakah beliau mahu melenggokkan tubuhnya dan menggunakan kepetahannya berucap untukmemburukkan orang lain dan beranggapan seolah-olah dirinya bersih dan pemimpinyang sebenar.

“Daripada isu Israel, isu liwat, isu biseksual semua dakwaanberkenaan terpalit kepada beliau. Sampai bila…Sampai bila beliau mahubermuhasabah dan membersihkan imejnya,“ katanya di sini.

Beliau seterusnya menyarankan Anwar mengambil kesempatan pada haricadangan penganjuran Bersih 3.0 untuk membersihkan dirinya yang sebenar.

“Pilihan raya dianggapnya tidak bersih…Tetapi saya nak tanya Anwarbalik apakah beliau benar-benar pemimpin yang bersih. Jadi apalah salahnya padatarikh berkenaan, Anwar pun membersihkan diri beliau.

“Beliau nak bersumpah atau beliau nak membuat kenyataan keterpulang kepada beliau. Saya rasa ramai yang tertunggu-tunggu langkahtersebut. Tidak ada sekelumit pun saya nak ajar beliau kerana Anwar lagihebat…maklumlah pemimpin agung pembangkang. Mungkin beliau ada cara dan kaedahsendiri untuk membersihkan imejnya yang sudah kotor hari ini,“ katanya.

Oleh: Azman Abas

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: