Kuala Lumpur, 9 April – Tindakan pembangkang yang tidak mahumembahaskan mahupun menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya membuktikan bahawa segalatuntutan mereka terhadap penambaikan tersebut hanyalah sebagai satu muslihatpolitik demi untuk meraih undi rakyat.
Apa yang pasti, pihak pembangkanglah yang pada peringkat awalnya mengusulkanpenubuhan PSC, namun apabila cadangan tersebut di bawa masuk ke Parlimen untukdibincangkan, pihak pembangkang secara tiba-tiba menolak dan membuat pelbagaihelah dan dalih.
Dewan Rakyat bagaimanapun telah meluluskan kesemua 22 syor yangdikemukakan PSC tanpa dibahaskan selepas pihak pembangkang membuat kecoh danmenolak untuk memperbahaskan cadangan tersebut atas alasan penolakan PenyataMinoriti oleh Speaker Dewan Rakyat.
Tujuh daripada lapan perkara yang dituntut oleh Gabungan PilihanRaya Adil dan Bersih (Bersih) dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan PSC keDewan Rakyat baru-baru ini.
Berdasarkan kenyataan Pengerusi PSC Datuk Seri Dr. Maximus Ongkilibahawa 82 peratus daripada 22 syor penambahbaikan yang diputuskan sebelum inidipersetujui bersama oleh wakil mereka dalam jawatankuasa itu tanpa sebarangmasalah, jelas pembangkang tidak ikhlas dan suka ambil kesempatan di Parlimen.
Namun, setelah cadangan PSC yang telah dipersetujui di bentang diParlimen, secara tiba-tiba pihak pembangkang membuat kecoh dan menolak untukmembahaskan cadangan tersebut.
Jelas ini adalah sebahagian dari tektik pembangkang dalammenghalalkan perhimpunan bersih 3.0 apabila dengan sengaja menimbulkan rasatidak puas hati apabila jawatankuasa PSC membentangkan cadangan tersebut diParlimen baru-baru ini.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Ir. Muhammad Bushro MatJohor ketika dihubungi hari ini, beliau menegaskan bahawa pembangkang menjadikanisu ini sebagai satu muslihat untuk meneruskan agenda Bersih 3.0.
Tegas beliau pihak pembangkang akan mengatakan bahawa Bersih 3.0mesti diteruskan lantaran tuntutan untuk penambaikan itu tidak diterima olehkerajaan BN. Namun, sudah pastinya, iniadalah sikap pembangkang yang tidak akan bersetuju dengan apa jua perkara atauperubahan yang dilakukan oleh kerajaan.
“Jelas isu penambaikan terhadap SPR ini hanyalah semata-mataagenda politik pembangkang sahaja. Tidak kira samada kerajaan buat perubahan atautidak, mereka tetap tidak akan setuju dan sekiranya kerajaan melakukanperubahan tersebut, mereka tetap akan cuba cari pasal dengan mencari isu-isuremeh untuk dibangkitkan seperti yang kita lihat hari ini.
“Apatah lagi, sekarang ini pembangkang sedang sibuk mempromosiperhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan tidak lama lagi. Jadi, inilahkesempatan terbaik buat mereka untuk membuktikan kepada rakyat konon-kononnyakerajaan BN tidak memenuhi tuntutan mereka dalam Bersih 2.0 dulu, danseterusnya menjadi satu dalil buat mereka untuk menghalalkan perhimpunan Bersihyang akan datang nanti,” tegasnya.
Tambahnya lagi, hari ini rakyat perlu lebih berhati-hati, telitidan bersikap bijak dalam membaca strategi politik pihak pembangkang yang sengaja mencipta isu, semata-mata untukkepentingan politik mereka.
Dan lebih jahat lagi katabeliau mereka berselindung dengan slogandan kata-kata retorik yang kononnya mahukan sistem pilihanraya yang telus danadil untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.
“Kalau kita lihat hari ini, apa juga yang dilakukan oleh kerajaantetap dianggap salah oleh mereka. Tidak ada apa yang dilakukan oleh kerajaanyang dianggap baik oleh pihak pembangkang. Pasti ada saja perkara yang nak dibangkangkan.
“Malah, kalau mereka melakukan kesilapan sekali pun, pihakpembangkang sedaya upaya untuk menafikan kesalahan mereka itu sebaliknya cubamengalihkan kesalahan yang mereka lakukan itu kepada UMNO dan BN, seolah-olahUMNO dan BN yang menjadi punca terhadap salah silap yang dilakukan oleh merekaselama ini,” jelasnya lagi





No comments:
Post a Comment