KUALA LUMPUR, 9 April – Pelajar institusi pengajian tinggi akandibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaanpada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak.
Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), RangUndang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan RangUndang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentangbuat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed KhaledNordin di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarangpelajar universiti menjadi anggota parti politik.
Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajardalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian didalam kampus.
Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti danKolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi PendidikanTinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang Institusi-institusiPelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenarbertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalammana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam partipolitik.
Pelajar universiti juga tidak dibenar menjalankan aktiviti politikdi dalam kampus, tidak dibenar menjadi ahli kepada mana-mana persatuan danpertubuhan di dalam dan luar kampus yang menyalahi undang-undang.
Pindaan pada ketiga-tiga rang undang-undang itu juga mencadangkanseseorang pelajar universiti tidak boleh dihalang daripada membuat kenyataanmengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajaritu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya.
Selain itu, pindaan pada seksyen 21 Rang Undang-undang Universitidan Kolej Universiti juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Aduan Pelajarditubuh untuk menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yangdibuat pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut.
Jawatankuasa itu akan dianggotai Naib Canselor sebagai pengerusi,dua orang ahli yang dipilih Majlis Perwakilan Pelajar-pelajar, dua orang ahliyang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti dan dua orangpegawai lain universiti yang dilantik oleh Lembaga.





No comments:
Post a Comment