Kuala Lumpur, 9 April- Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah
dan akan diambil terhadap golongan yang berusaha mencetuskan ketegangan kaum di
negara ini.
Demikian pertanyaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bagi
jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini yang bermula jam 10.00
pagi.
Berikutan adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada
ahli parlimen PAS, hari ini.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasionalnya mewajibkan pengilang
tiga barangan kawalan utama memaparkan logo 1Malaysia pada produk mereka.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI
HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada KeTTHA bercadang meminda RUU Bekalan Elektrik
1990 untuk memastikan pembangunan premis haram (tidak mendapat KM- Kebenaran
Merancang) atau kelangsungan aktiviti haram dapat dikawal oleh PBT.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan bagaimanakah Kerajaan boleh menjamin pulangan tetap dan kedudukan
komplian syariahnya Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA1M) yang khusus untuk
golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan dengan pulangan yang dijamin
sebanyak RM13,500 dalam masa 5 tahun, pada setiap pembelian saham 5,000 unit
saham pada harga RM1 seunit.
Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan hasil kajian terhadap tahap keselamatan Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin (SSMZA) Kuala Terengganu serta laporan yang menyatakan stadium
tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang penyakit dan perosak padi seperti bena
perang, siput gondang, ulat ratus dan karah, adakah Kerajaan bercadang
mengatasi masalah ini dengan bantuan tanpa racun seperti bahan mesra alam dan
lebih selamat selain daripada sumber racun yang boleh memberi kesan sampingan
kepada pengguna.
Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan bentuk hubungan dagangan
Malaysia dengan Israel dan nyatakan sejauh mana Malaysia mengambil bahagian
dalam sekatan dagangan terhadap Republik Islam Iran.
Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah wujud garis panduan di peringkat pihak berkuasa agama seperti
JAKIM dan lain-lain tentang kehadiran pemimpin-pemimpin negara yang beragama
Islam ke program-program keagamaan anjuran agama-agama lain.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap golongan yang
berusaha mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Che Uda Che Nik [Sik] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian
sebenar Kerajaan Malaysia dalam soal bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SRA
dan SMAR), pada dasarnya Kerajaan tidak memasukan bajet sekolah-sekolah ini
dalam Belanjawan Negara tetapi mutakhir ini (hampir pilihan raya) Menteri
Pelajaran turun memberi bantuan kepada Sekolah-sekolah ini. Adakah ini bantuan
pilihan raya atau bantuan untuk kemajuan sekolah-sekolah Agama Rakyat ini,
sampai bilakah dasar ini akan berterusan.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan
berapa peratuskah kenaikan gaji bagi Kumpulan JUSA dan premier dalam Sistem
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah syarikat Bumiputera yang dikenal pasti sebagai Syarikat
Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU) yang telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011.
Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan
justifikasi dan sebab pembatalan perjalanan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS)
ke destinasi KL Bandung, KL-Dubai, KL-Johannesburg dan beberapa laluan lain.
Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan
pembentangan khas di Parlimen berkenaan pembangunan perikanan Tok Bali
memandangkan projek ini adalah antara ikon pembangunan perikanan negara pada
masa depan.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan status terkini Jalan Raya Central Spine dari Bentong Pahang ke
Gua Musang, Kelantan.





No comments:
Post a Comment