By malaysianview On 1:12 PM | Categorized As | With 0 comments
Kuala Lumpur, 11 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakberkata kerajaan telah membatalkan tiga proklamasi darurat adalah kerana yakinrakyat kini telah bersedia untuk memasuki era baru.

"Kerajaan percaya bahawa setelah lebihseparuh kurun merdeka dan mengamalkan demokrasi, masyarakat berbilang kaum diMalaysia telah mencapai tahap kematangan yang tinggi.

"Berpegang kepada hal itu, kita kini bersediamemasuki era baru di mana fungsi kerajaan tidak lagi dilihat sebagai mengehadkankebebasan individu, sebaliknya, untuk memastikan bahawa hak-hak asasi yangdilindungi Perlembagaan bagi setiap individu itu terjamin," katanya dalamucapannya pada istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzamShah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14 di Istana Negara di sini hari ini.

Najib berkata: "Selanjutnya, satu perimbanganadil, dapat pula ditemui antara kebebasan seseorang dan keselamatankebangsaan."

Beliau berkata bersesuaian dengan iltizamitu, kerajaan melalui Parlimen telahpun membatalkan tiga proklamasi daruratyang masih berkuasa dan akanmembiarkan kesemua ordinan di bawah perisytiharantersebut mansuh pada bulan Jun ini kecuali tiga ordinan yang akan dibentangkansebagai rang undang-undang baru di Parlimen iaitu yang berkaitan dengan RELA,Rukun Tetangga dan Undang-Undang Laut Wilayah.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga telahmengambil langkah-langkah memansuhkan Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeridan menggubal Akta Perhimpunan Amanserta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU.

Najib berkata Isnin ini beliau akanmembentangkan rang undang-undang bagi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) di persidangan Dewan Rakyat.

"Padahemah kerajaan, meskipun ISA telah banyak berjasa kepada negara, ia telahpunmelampaui jangka hayat kegunaannya. Kita memerlukan kerangka baru perundangankeselamatan nasional dalam era kontemporari yang semakin kompleks," katanya.

Najib juga berkata di bawah undang-undang baru,kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan kuasa tahanan tanpa perbicaraandimiliki Menteri Dalam Negeri manakala tahanan oleh pihak berkuasa bagi tujuansiasatan kini dipendekkan.

"Kuasa semakan kehakiman pula akandikembalikan sepenuhnya kepada Mahkamah. Rang Undang-Undang ini juga menjaminbahawa tidak ada seorangpun rakyat Malaysia boleh ditahan kerana kepercayaanatau aktiviti politiknya," katanya.

Najib berkata Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatanyakni Langkah-Langkah Khas, yang dibacakan buat pertama kali di persidanganDewan Rakyat semalam, bukan sahaja akan memastikan pihak berkuasa mempunyaisenjata perundangan yang cukup bagi memerangi keganasan global dan mempertahankandemokrasi berParlimen di Malaysia, tetapi juga untuk memelihara hak kebebasanwarganegara.

"Semua prakarsa, inisiatif dan program iniadalah tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan tempoh pemerintahan Tuanku,InsyaAllah, akan menempa sebuah kala demokrasi keemasan di Malaysia,"katanya.

Menyentuh mengenai hubungan Raja dan rakyat, PerdanaMenteri berkata sejarah telah membuktikan apabila perhubungan antara keduanyadisuburi keharmonian serta dibajai emosi dan kerohanian yang mendalam, makasebarang apa pun kemelut yang dihadapi negara dapat ditangani dengan jayanya.

"Kendatipun pertautan raja dan rakyatsedang menelusuri jejak-jejak waktu, namun ia kekal relevan mendakap realitisemasa," katanya.

Najib, mewakili kerajaan dan rakyatseluruhnya, turut merakamkan rasa bangga kerana tonggak institusi Yangdi-Pertuan Agong sebagai kepala utama Negara kembali dipegang oleh Tuanku AbdulHalim yang sangat berpengalaman dan terkenal mengasihi rakyat jelata.

Katanya istiadat pertabalan yang penuh bersejarahhari ini, di mana Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agongbuat kedua kalinya, juga turut menjadi perlambangan betapa utuhnya institusikebangsaan yang telah terzahir sejak lebih lima dekad lalu.

"Inilah cerminan kebijaksanaanpentadbiran bapa-bapa pengasas pertiwi tercinta yang bertali arus lagi sambungmenyambung semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman sampailah kini dalam mengadundan menenun fabrik warisan lampau serta keperluan masa depan demi menciptakestabilan nasional," katanya.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-PertuanAgong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian,baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia84.

Najib turut melahirkan rasa bertuah keranadapat berkhidmat dengan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14memandangkan semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan AgongKelima pada 1970, ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein adalahPerdana Menteri pada masa itu.

Najib berkata beliau dan keluarganya mengambilkesempatan melahirkan rasa bertuah kerana "setelah Allahyarham ayahandapatik berpeluang berkhidmat dengan Tuanku, kini ditakdirkan pula giliran patikuntuk menumpah khidmat. Segalanya dalam perhitungan Allah, dan mudah-mudahanTuhan yang Maha Esa memberi pertolongan dan inayah-Nya kepada kita semua,"katanya.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: