By malaysianview On 12:57 PM | Categorized As | With 0 comments
Kota Bharu, 11 April -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku RazaleighHamzah mengakui ketokohan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui UMNOKelantan yang dilihat telah berjaya mengembalikan sokongan besar rakyat negeriitu terhadap UMNO.

Beliau berkata Mustapa begitu komited dalamusahanya memenangi hati rakyat Kelantan untuk kembali menyokong perjuangan UMNO.

"Saya lihat dia (Mustapa) bagus bekerjatetapi ini kerja berpasukan...semua kena bekerjasama.
"Pilihan raya kali ini adalah sangatsengit dan peluang UMNO Kelantan itu tetap ada," katanya selepasmengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka(Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam tadi.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang merupakananggota Parlimen paling lama di negara ini iaitu selama 43 tahun menafikan laporanyang menyebut beliau akan bertandingsebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional pada pilihanraya umum nanti.

"Jangan tanya kesetiaan saya pada parti.Saya telah lebih 50 tahun dalam UMNO. Laporan itu tidak betul dan tanyalah padaorang yang buat laporan itu.

Kalau di Gua Musang peluang BN sangat cerahuntuk menang," katanya.

Ketika sesi dialog, Tengku Razaleigh meminta semuapihak menghormati dirinya yang terus bersama UMNO walaupun didesak oleh banyakpihak agar beliau keluar daripada parti itu.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: