By sahabat gunung On 10:03 PM | Categorized As , | With 0 comments
Alor Setar, 6 April -- Angota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim yakin dapatmenyelesaikan kes beliau diisytihar muflis oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi KualaLumpur dalam masa terdekat.

Syed Sobri berkata beliau sedang berusaha mendapatkan wangsebanyak RM4 juta untuk dibayar kepada bank agar kes muflisnya ditarik balikmanakala baki RM4 juta lagi distruktur semula.

"Saya bersyukur ada pihak bersimpati dengan nasib saya dansudi membantu. Rundingan dengan pihak berkenaan sedang diatur. Insya-Allah, kesini mungkin selesai dalam masa seminggu," katanya pada sidang akhbar dirumahnya di Taman Lumba Kuda hari ini.

Dua hari lepas, beliau mengumumkan diisytihar muflis pada Disembertahun lepas setelah gagal melangsaikan baki hutang berjumlah RM8 juta denganbeberapa bank tempatan serta agensi kerajaan.

Naib Ketua UMNO bahagian Padang Terap itu berkata beliau bersikap profesionalkerana tidak mahu menipu atau menyembunyikan status muflisnya daripadapengetahuan rakyat Padang Terap.
"Saya mengadakan sembahyang istiqarah serta meminta pendapatanggota UMNO dari akar umbi sejak dua tiga bulan lepas, sebelum membuatpengumuman rasmi dua malam lepas.

"Pengumuman dibuat supaya rakyat Padang Terap terutamapengundi Barisan Nasional (BN) dan penyokong saya tidak resah," katanya.

Syed Sobri berkata beliau telah bertemu Menteri Besar Kedah DatukSeri
Azizan Abdul Razak sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri, danakan berjumpa Speaker DUN pula bagi menjelaskan kedudukannya sebagai ADUN.

Syed Sobri berkata beliau juga telah menemui peguamnya di KualaLumpur semalam bagi menyediakan segala dokumen untuk difailkan di mahkamahdalam usaha menarik balik status muflis itu.

"Peguam hanya perlu tunggu arahan saya untuk memfailkan kesini. Saya pula akan terus menjalankan kewajipan dan menghadiri majlis rasmisebagai wakil rakyat sehingga Jabatan Insovensi mengeluarkan suratmuflis," tambahnya.

Anak saudara bekas Menteri Besar Kedah Datuk Syed NaharShahabuddin itu adalah usahawan yang menceburi bidang perniagaan pada 1983 danpernah menerima anugerah usahawan berjaya pada 1995.

Pengarah Kulim Enterprise Sdn Bhd itu menandatangani perjanjianpinjaman dengan bank hampir RM50 juta agar syarikat tersebut boleh disenaraikandi papan kedua Bursa Saham Kuala Lumpur.

"Kegawatan ekonomi pada 1998 menyebabkan usaha itu terhenti.Saya menanggung akibatnya, dan terpaksa menjual aset bagi membayar hutangbank," katanya.

Syed Sobri menyertai UMNO Padang Terap pada 1995 dan pernahdicalonkan dua kali pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004, tetapi memberi laluankepada rakan lain dalam parti.

Beliau sanggup berkompromi dan turun pangkat menjawat Naib Ketuapada 2006 bagi mengelak pertandingan antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNOKedah pada masa itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Naib Ketua Bahagian) denganKetua Bahagian Datuk Ghazali Ibrahim.

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: