Kuala Lumpur, 6 April – Pakatan pembangkang sewajarnya mencermin
dirinya sendiri dengan menilai kebersihan dalam parti masing-masing dan
tuntutan ahli-ahlinya yang mahukan penjelasan atas pelbagai isu berkaitan
kepimpinan dan masalah moral pemimpin tertingginya berbanding dengan tuntutan
untuk pilihan raya yang bersih sebagaimana membantah Laporan Jawatankuasa
Parlimen (PSC).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin membidas
tindakan yang bertopengkan niat jahat melalui wakil parti-parti pembangkang
dalam jawatankuasa PSC sedangkan realitinya mereka bermain dengan sandiwara.
“Terbukti dengan jelas wakil-wakil parti pembangkang dalam PSC
sama ada PKR, Pas dan DAP tidak profesional dan tiada keikhlasan walhal mereka
ini terlibat dalam membuat perbincangan serta melakukan keputusan dengan
bermesyuarat berkali-kali tetapi kemudiannya apabila ia dibentangkan maka
dijadikan sebagai bahan provokasi dan alasan untuk mengadakan kacau-bilau,”
katanya.
Jelas beliau, tuntutan yang dikemukakan adalah tidak sewajarnya
dibuat apatah lagi Malaysia adalah antara negara paling demokrasi dalam dunia.
“Tuntutan mereka mahukan pilihan raya yang bersih dengan mengheret
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dipolitikkan adalah satu manipulasi dengan
niat jahat.
“Kenapa mereka sibukkan dengan tanggungjawab SPR yang telah
mengendalikan PRU selama 12 kali selain puluhan pilihan raya kecil sedangkan
bukankah lebih baik jika mereka ambil tahu tentang kehendak ahli-ahlinya yang
mahukan penjelasan tentang moral ketuanya atau menilai kenapa ada yang keluar
parti waima mereka wakil rakyat dan mempunyai jawatan tinggi?”
Jelasnya lagi, pakatan pembangkang ini tidak ada hala tuju dalam
perjuangan apatah lagi bagi memikirkan keutamaan negara, bangsa dan agamanya.
“Mereka ini juga ibarat penghibur yang mengalahkan pelakon
bollywood iaitu sentiasa mahukan publisiti untuk dijadikan bahan populariti
tanpa mereka peduli apa kesannya biarpun mereka mengangkat komunis sebagai
hero, melawan titah Yang diPertuan Agong, memburukkan nama negara atau
mempunyai masalah moral.
“Pembangkang ini juga sangat handal mencari nama bagi dijadikan
umpan kepada rakyat sebagaimana Himpunan Hijau untuk Lynas dan Bersih sedangkan
realitinya ia dilakukan dengan motif melakukan kekacauan dan huru-hara pada
semua.”
Tegas beliau lagi, kegagalan pembangkang untuk menonjolkan
kepimpinannya amat terserlah bukan saja untuk menjadi Menteri Besar, Ketua
Menteri, wakil rakyat malahan sebagai anggota Parlimen gagal.




No comments:
Post a Comment