Putrajaya, 17 April- Bermula 20 Oktober 2011
sehingga hari ini (Isnin, 16 April 2012), sejumlah 70,259 pendatang asing tanpa
izin (PATI) telah diperiksa melalui 3,331 operasi melibatkan 18,197 anggota
penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,
Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi siri operasi tersebut, seramai 10,092
PATI dan 292 majikan telah ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan.
“Berdasarkan pecahan, 50 majikan dan 1,364
PATI telah didakwa di mahkamah, 102 majikan dan 621 PATI dikenakan kompaun dan
1,558 PATI telah diusir keluar. Sementara itu, kes bagi 30 majikan dan 3,058
PATI masih dalam siasatan, manakala baki 110 majikan dan 3,337 PATI telah
dibebaskan berikutan tiada kes manakala 154 PATI adalah mangsa Anti Trafficking
in Person (ATIP).

Berdasarkan statistik operasi, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur mendahului jumlah bilangan penguatkuasaan yang
dijalankan dengan 1,118 operasi, diikuti Sabah (1,086); Johor (1,034), Negeri
Sembilan (907); Pulau Pinang (874); Melaka (856); Selangor, (797); Putrajaya
(791); Terengganu (658); Perak (617); Kedah (532); Sarawak (262); Kelantan
(255); Perlis (252); Pahang (195); dan Wilayah Persekutuan Labuan (150).
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 132,424
PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan
Indonesia seramai 82,253 orang; diikuti India (10,091; Nepal, (9,271); Myanmar,
(7,850); Kemboja, (5,121); Bangladesh, (4,816); Vietnam, (3,242); Pakistan,
(2,707); Filipina, (2,249); Sri Lanka, (1,705); China, (1,492); dan lain-lain
negara (1,627). Daripada jumlah tersebut seramai 100,133 PATI memilih jalan
udara, 31,685 memilih jalan laut dan 424 PATI menggunakan jalan darat.
No comments:
Post a Comment