
Penyelaras DUN Kota Damansara, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat
Junid berkata, seluruh negara dah tahu, khususnya di peringkat negeri Selangor
dah tahu, bilangan rumah urut di Kota Damansara ini telah berlipat tiga empat
kali ganda daripada jumlah yang ada dulu.
“Pertambahan ini menyebabkan setiap kawasan perumahan dan
perniagaan baru di sini, rumah urut ini berleluasa sehinggakan setiap lorong
kedai, ada sehingga 3 hingga 4 rumah urut. Malah ada antaranya dibuat di luar
specifikasi kebenaran yang sepatutnya dibuka secara terbuka.

Dalam masa yang sama, masalah sampah turut menghantui bukan sahaja
penduduk di Kota Damansara, malah Kg Subang yang dibawah pentadbiran MPSA dan
MPPJ.
“Sampah tidak diambil secara berkala yang menimbulkan bau busuk
dan pencemarab, khususnya di pekan Subang dan Kota Damansara. Ini membuktikan
wujud kelemahan-kelemahan dan sikap tidak ambil peduli pihak-pihak berkuasa
yang sepatutnya mengambil peranan pro-aktif unguk menjaga keselamatan dan kesejahteraan
penduduk di kawasan DUN Kota Damansara.
Malah di Kota Damansara hari ini,
wujud gerai yang menjual burger babi di Damansara dan kawasan sekitar.
kawasan yang dinamakan The Strand, yang selama ini tidak pernah berlaku sebelum
ini. Saya rasa pelik, bagaimana pihak PBT boleh terlepas pandang dengan
perkara-perkara yang sensitif sebegini,” tambahnya.
Tambahnya, jika dulu Kota Damansara ini merupakan satu kawasan
pembangunan elit yang bersepadu, yang memberi kesejahteraan kepada semua
penduduknya tetapi pada hari ini telah bertukar menjadi bandar satelit kancah
maksiat yang begitu ketara.
No comments:
Post a Comment