
“Jangan kita termakan dengan hasutan dan dakyah pihak tertentu
sehingga kita sanggup menghina orang lain termasuk menghina Perdana Menteri
dengan meletakkan kalungan bunga di gambar beliau, lalu dipanggil mendiang
seolah-olah Perdana Menteri sudah mati. Ini adalah satu perbuatan yang jauh
tersasar dari norma cara berfikiran orang yang mendapat pendidikan tinggi,”
tegas beliau.
Tambahnya lagi, para
pelajar tersebut perlu berfikir semula yang pertamanya, adakah mereka yang
terlibat dalam demostrasi itu benar-benar layak untuk menerima biasiswa dan
yang keduanya, jika mereka tidak layak untuk menerima biasiswa, adakah mereka
itu mampu untuk masuk ke universiti dengan kos tanggungan mereka sendiri.
“Mungkin mereka ini tahu, dan saja-saja buat tak tahu bahawa PTPTN
ini diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu prasarana untuk memudahkan mana-mana
pelajar di negara ini yang tidak layak
mendapat biasiswa dan tidak berkemampuan untuk masuk ke universiti.

Jelasnya lagi, pelajar-pelajar di negara ini sepatutnya bersyukur
dan menggunakan peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh agar
lulus dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik.
“Selepas itu, kita boleh menggunakan gaji yang kita terima itu
untuk membayar balik pinjaman tersebut untuk memberi peluang kepada adik-adik
kita menggunakan kemudahan ini untuk melanjutkan pelajaran sepertimana peluang
dan kemudahan yang kita gunakan,” ujarnya.
Beliau juga menasihati para pelajar agar menggunakan akal fikiran
yang waras untuk menilai baik dan buruk sesuatu isu yang dibangkitkan oleh
pembangkang dan janganlah mudah terpengaruh dengan cara pembangkang yang cuba
membangkitkan sentimen emosi rakyat di
negara ini.
Katanya lagi, masyarakat terutamanya para pelajar perlu memahami
tujuan PTPTN ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar yang tidak
mendapat biasiswa atau daripada kalangan keluarga yang miskin untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
“Memang ia berbentuk pinjaman namun pinjaman tersebut tidaklah
membebankan dan syarat-syarat pembayaran
semula yang dikenakan adalah amat mudah. PTPTN ini adalah skim pinjaman secara
sukarela dan tidak ada paksaan ke atasnya. Jadi mana-mana pelajar yang mampu
untuk meneruskan pembelajaran tanpa bantuan PTPTN, maka mereka tidak dipaksa
untuk meminjam dari PTPTN.
“Malah mereka boleh mendapatkan tajaan dari sesiapa sahaja
termasuk pihak pembangkang samada PKR, Pas , DAP atau pun tajaan dari Anwar
Ibrahim sendiri kalau mereka mahu bantu. Dalam hal ini, tidak ada sesiapa yang
memaksa mereka untuk mengambil pinjaman dari PTPTN,” ujarnya.
Sekiranya para pelajar itu tidak mahu membayar balik pinjaman
PTPTN katanya lagi, maka mereka perlu belajar dengan bersungguh-sungguh
serta mendapat kelulusan yang cemerlang
supaya pinjaman tersebut akan ditukar menjadi biasiswa yang tidak perlu dibayar
balik.
Selain itu, beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak
terpengaruh dengan permainan politik pembangkang yang cuba menjadikan para
pelajar sebagai alat untuk mencapai tujuan dan matlamat politik mereka.
“Semasa PTPTN diluluskan, kita perlu ingat di waktu itu Anwar
Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Tapi sekarang ini Anwar mahu bercakap tentang
penghapusan PTPTN padahal dia jugalah yang meluluskan cadangan untuk mewujudkan
skim pinjaman tersebut. Tidakkah itu membuktikan bahawa politik pembangkang
merupakan politik yang cakap tak serupa bikin?
“Kalau pihak pembangkang ini serius mahu menghapuskan segala
hutang PTPTN, mereka boleh mulakan dengan negeri-negeri yang mereka perintah
terlebih dulu. Contohnya menghapuskan hutang
pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN di Unisel, Kuis dan
lain-lain.
“Apa yang mereka boleh buat ialah mendapatkan nama-nama pelajar
yang meminjam dan mereka gunakan duit kerajaan negeri untuk membayar
hutang-hutang pelajar tersebut. Tapi masalahnya, mereka tidak buat pun perkara
itu,” tegasnya.
Soalnya lagi, bagaimana para pelajar boleh terpengaruh dengan
dakyah pembangkang yang kononnya akan menggunakan duit Petronas untuk membayar
balik pinjaman PTPTN sedangkan mereka boleh menggunakan hasil pendapat GLC di
Selangor untuk membayar balik pinjaman para pelajar, namun tidak pula mereka
lakukan?
“Jika segala kewangan yang ada pada negeri-negeri yang mereka
perintah hari ini pun mereka tidak gunakan untuk membayar hutang PTPTN
tersebut, jadi apakah kita yakin sekiranya mereka memerintah negara, mereka
akan menggunakan duit mana-mana agensi kerajaan untuk membayar balik hutang
PTPTN para pelajar di negara ini? Sudah tentu tidak!
“Jadi jelas sekarang ini, segala isu yang timbul tentang PTPTN ini
adalah semata-mata dakyah dan hasutan serta gimik politik mereka dengan
mempergunakan para pelajar dan mahasiswa di negara ini,” tegas beliau.
No comments:
Post a Comment