Alor Setar, 7 April --Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkataAnggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashimmasih belum berjumpa beliau selepas mengisytiharkan dirinya muflis baru-baruini.
"Selepas beliau mengumumkan dirinya muflis, beliau masihbelum berjumpa dengan saya berbincang tentang perkara itu bagi memintapandangan atau bantuan daripada parti," katanya kepada pemberita selepasmenghadiri majlis perjumpaan bersama tiga persatuan pemandu teksi di StesenTeksi Shahab Perdana di sini, malam tadi.
Katanya beliau menghargai tindakan Syed Sobri yang mahumenyelesaikan hutang-hutangnya sendiri.
"Jika beliau menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalahhutangnya, beliau boleh datang berjumpa dengan saya untuk berbincang dan sayaakan panjangkan perkara itu kepada ibu pejabat.
"Di peringkat negeri, kita tidak mampu nak selesaikannya dankita perlu panjangkannya ke peringkat pusat," katanya.
Tiga hari lepas, Syed Sobri mengumumkan dirinya muflis setelahgagal melunaskan baki hutang berjumlah RM8 juta dengan beberapa bank tempatanserta agensi kerajaan.
Hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yangdiambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd,disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan uniform, seluar dan kasutkepada 200 pemandu teksi dari Persatuan Pemandu dan Kereta Sewa Luar BandarKedah Utara, Persatuan Kebajikan Pemandu dan Tuan Empunya Kereta Sewa Kedah danPersatuan Teksi Limosin Lapangan Terbang yang bernilai RM19,000 melalui peruntukanAnggota Parlimen Alor Setar, Datuk Chor Chee Hueng.
Ahmad Bashah turut menyampaikan cek pinjaman Tekun Nesionalmelalui
Tabung Usahawan Kecil dan Sederhana kepada 28 pemandu teksi denganjumlah RM114,000 bagi membantu pemandu teksi menukarkan penggunaan petrolkepada penggunaan gas asli (NGV).





1 comment:
tahniah pada YB Syed Sobri yang berani berterus terang
Post a Comment