Muar, 6 April - Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu
semua mesyuarat UMNO di peringkat cawangan supaya menumpukan kepada soal persiapan
menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan
tempoh masa yang semakin singkat menjelang pilihan raya umum ke-13, perkara itu
mesti menjadi keutamaan dalam setiap perbahasan yang dilakukan.
"Saya mohon dalam tempoh yang ada sekarang perbincangan dan
perbahasan peringkat cawangan mesti ditumpukan kepada cara macam mana kita nak
menang, macam mana cara peti undi yang kita jaga mampu memperoleh undi jauh
lebih baik daripada undi pada 2008.
"Jangan bincang soal lain, jangan bincang soal parit dan
jabatan kerana perkara-perkara ini memang selalu kita buat. Kalau tak minta pun
kita akan bagi nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian
serentak Persidangan Tahunan Umno Cawangan-cawangan, Pergerakan Pemuda, Puteri
dan Wanita UMNO bahagian Pagoh di sini, hari ini.




No comments:
Post a Comment