By malaysianview On 11:46 PM | Categorized As , | With 0 comments
HAL perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindarioleh setiap pasangan yang berkahwin.

Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita RudainiMokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaansepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka.

Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelutrumah tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerimamesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan cerai.
Menganggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulisuntuknya, Rita tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya inginmenumpukan perhatian kepada anak-anak.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya.Saya percaya pada qada’ dan qadar Allah dan terima ia dengan redha.

“Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalahpada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anaksentiasa bersama saya,” katanya yang ditemui semasa majlis hari lahirnya yangke-36, hari ini.

Menurut Rita, permohonan penceraian tersebut tidak langsungmemeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka diDamansara sejak empat bulan lalu.

Mengakui sudah tawar hati dengan perangai suaminya, Ritabagaimanapun tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepakitu.

“Saya berkahwin dengannya atas dasar sayang dan cinta bukannyasebab duit. Pelbagai dugaan telah saya lalui sepanjang berkahwin dengannyamalah saya pernah dipulaukan oleh orang kerana keputusan kami untuk berkahwin.

“Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkandiri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yangmatang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannyalelaki yang lari apabila ada masalah.

“Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil),tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini,”katanya yang kelihatan sebak semasa ditemui.

Bagaimanapun, menurut Rita, dia hanya mengikut ketentuan Allah danbersedia sekiranya sudah tertulis jodoh mereka masih panjang.

“Jika sudah tercatat jodoh kami masih panjang, saya akan terimanamun jika dikatakan hanya setakat ini sahaja jodoh kami, saya redha,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

About admin - Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly. Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.

No comments: